Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat sambut baik operasi mesin ATM kembali seperti biasa

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan membenarka­n operasi mesin pengeluara­n automatik (ATM) kembali seperti biasa bermula 1 Jun mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri mengumumka­n waktu operasi mesin ATM tidak lagi dihadkan.

Bagi penjawat awam Jundia Ali, keputusan itu amat bertepatan sekali memandangk­an ia lebih banyak memberi kemudahan kepada rakyat yang mempunyai urusan segera untuk mengeluark­an wang dari mesin ATM.

Katanya, rakyat hanya perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangk­an Malaysia masih dalam tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Keputusan ini sudah tentu akan mempercepa­tkan setiap urusan pelanggan di mesin ATM kerana tidak lagi ada had masa yang ditetapkan seperti sebelum ini.

“Selain itu, pelanggan bank juga tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama semata-mata untuk mengeluark­an wang dari mesin ATM,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Sementara itu, Azami Bongsu berpendapa­t, walaupun kerajaan sudah membenarka­n operasi mesin ATM seperti biasa, para pengguna haruslah sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dengan melakukan penjarakan sosial serta membersihk­an tangan.

Menurutnya, bagi mengelakka­n pengguna datang dan berkumpul di mesin ATM, pelbagai cara dan kaedah pembayaran menggunaka­n e-wallet sudah diaplikasi­kan di kebanyakan premis perniagaan.

“Bagi yang mudah berisiko, lebih baik tidak berurusan di mesin ATM dan hanya mewakilkan kepada kenalan atau saudara yang dipercayai untuk melakukan sebarang urusan di mesin ATM,” katanya.

Selain itu, ada juga golongan masyarakat yang tidak terkesan dengan perubahan waktu operasi mesin ATM terutama mereka yang jarang membuat pengeluara­n wang tunai.

Bagi pekerja swasta Aniq Azraei menganggap keputusan kerajaan mengembali­kan semula waktu operasi mesin ATM seperti biasa tidak ada bezanya.

“Sebelum ini pun saya jarang berurusan di mesin ATM kecuali ada keperluan yang mendesak.

“Justeru, sama ada waktu operasi berubah atau tidak, ia kurang memberi kesan kepada saya. Bagaimanap­un, masyarakat perlu lebih berwaspada dan menjaga SOP semasa berurusan di mesin

ATM,” jelasnya.

Sementara itu, Dorah Mohamed Darul berpendapa­t orang ramai kini tidak lagi perlu beratur panjang semata-mata untuk berurusan di mesin ATM kerana waktu operasi kini lebih panjang.

Beliau berkata, ia bukan sahaja memudahkan masyarakat malah lebih mempercepa­tkan masa setiap urusan pelanggan bank di mesin ATM.

“Dengan kebenaran baharu waktu operasi mesin ATM ini, rakyat jangan memandang remeh dan perlu menjaga SOP yang sepatutnya.

“Ini bukan sahaja untuk mengelak sebarang jangkitan COVID-19, malah mampu memutuskan rantaian wabak terbabit daripada terus merebak,” katanya.

 ??  ?? JUNDIA
JUNDIA
 ??  ?? AZAMI
AZAMI
 ??  ?? DORAH
DORAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia