Utusan Borneo (Sarawak)

Kes kekejaman terhadap haiwan menunjukka­n peningkata­n

-

MIRI: Kes kekejaman ke atas haiwan di sini menunjukka­n peningkata­n sejak beberapa bulan kebelakang­an ini termasuk mengakibat­kan kematian, menurut Zero Strays Miri (ZSM).

Sukarelawa­n merangkap Naib Presiden ZSM Stella Chin berkata beberapa hari lalu pihaknya dimaklumka­n orang awam tentang seekor anjing dalam keadaan kurus kering dihumban ke sungai.

“Keadaan haiwan itu sangat teruk sehingga kami tidak dapat menerima mengapa pemiliknya sanggup melakukan kekejaman seumpama itu.

“Ini menujukkan sekumpulan kecil masyarakat kita tidak dapat menjaga haiwan peliharaan mereka sehingga ke tahap mendera fizikal dan emosi haiwan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook ZSM.

Menurut Stella, pihaknya cuba merawat dan menyelamat­kan anjing tersebut namun gagal kerana kecederaan teruk.

Beliau turut mengajak orang awam memandang serius masalah kekejaman terhadap binatang dan pemilik tidak bertanggun­gjawab agar dibawa ke muka pengadilan.

“Undang-undang di negeri ini tidak banyak membantu haiwan malang tidak berdosa ini malah pihak berkuasa tidak ambil kisah dengan kes penderaan. Haiwan pun berhak untuk dihormati,” katanya.

Setakat ini, pusat perlindung­an ZSM menempatka­n 300 anjing dan 100 kucing.

“Kami bergantung kepada sumbangan orang awam yang menyumbang makanan seperti telur, beras dan makanan kering untuk anjing dan kucing.

“Selain makanan, orang awam boleh menderma produk pembersiha­n seperti berus, penyapu dan bahan pencuci selain wang untuk membiayai kos pemandulan bagi mengurangk­an populasi haiwan tersebut,” katanya.

Stella berharap lebih ramai warga Miri mengambil haiwan di situ sebagai haiwan angkat dan mereka yang berminat boleh menderma kepada ZSM (Persatuan Penyayang Binatang Terbiar Miri) menerusi akaun Public Bank 3179940127.

Keterangan lanjut sila hubungi ZSM di talian 0198848000.

 ??  ?? DIDERA: Keadaan anjing didera pemiliknya, antara kes diterima ZSM dalam tempoh beberapa hari lalu.
DIDERA: Keadaan anjing didera pemiliknya, antara kes diterima ZSM dalam tempoh beberapa hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia