Utusan Borneo (Sarawak)

Hakisan tanah: MBI diminta teliti rungutan penduduk Taman Silibin Indah

-

TELUK INTAN: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan secara teliti mengenai rungutan penduduk Taman Silibin Indah di Ipoh mengenai isu hakisan tanah berhampira­n kediaman mereka kerana didakwa masih tiada tindakan susulan sejak kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata bagaimanap­un pihak penguat kuasa MBI perlu meneliti terlebih dahulu sama ada tanah kediaman itu tanah pemilikan sendiri, kerajaan negeri atau tanah milik MBI sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Kami perlu menyemak terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil kerana ada perkara yang mengekang untuk kami mengambil sebarang tindakan. Bagaimanap­un mengikut prosedur operasi standard (SOP) pembinaan cerun adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, semalam.

Kelmarin, penduduk di taman berkenaan mendakwa tiada sebarang tindakan susulan dibuat sejak kejadian hakisan tanah melibatkan 10 rumah di taman perumahan itu pada 14 Mei lalu walaupun beberapa agensi datang meninjau keadaan hakisan tersebut sedangkan hakisan masih berlaku.

Menurut penduduk, layanan diberikan kepada mereka tidak seperti diterima penduduk di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor apabila masalah dihadapi diselesaik­an segera apabila agensi dan menteri turun padang.

Sementara itu, Zuraida berkata kerja-kerja menaik taraf Gerai Rakyat yang melibatkan peruntukan berjumlah RM3 juta akan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Katanya pada peringkat permulaan, pihaknya menyalurka­n peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja-kerja awal menaik taraf gerai yang berusia 50 tahun itu yang pada asalnya gerai sewaan di bawah Projek Luar Bandar (PLB).

“Kami melihat ada keperluan untuk diberikan peruntukan untuk menaik taraf gerai rakyat ini kerana kami perlu pastikan dari segi penguatkua­saan itu penting, tidak akan ada lagi (kewujudan gerai secara haram), kebersihan dan pengurusan gerai di sini sesuai dengan norma baharu dan jangka masa panjang.

Beliau berkata 40 lot gerai akan dibina dengan fasa pertama sebanyak 15 lot gerai akan dibina terlebih dahulu dan pemilik gerai akan dpindahkan sementara di tapak pasar malam berhampira­n di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Zuraida (tiga kanan) menerangka­n berkaitan menaik taraf gerai kepada peniaga Asmah Ahmad 59, (kiri) ketika meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap, Teluk Intan semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Zuraida (tiga kanan) menerangka­n berkaitan menaik taraf gerai kepada peniaga Asmah Ahmad 59, (kiri) ketika meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap, Teluk Intan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia