Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA LELAKI DICEKUP SELEPAS SERANG PENJUAL SATE

-

KUCHING: Tiga lelaki diberkas kurang daripada 24 jam selepas menyerang seorang penjual sate di berhampira­n Kampung Stapok di Jalan Batu Kawa, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata kejadian berlaku ketika mangsa iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, mangsa yang memandu sebuah kereta tiba-tiba dihalang ketiga-tiga suspek yang juga merupakan kenalan mangsa.

“Mangsa ditumbuk sehingga menyebabka­n kecederaan di dahi dan bibir serta turut cedera di lutut akibat dilibas senjata.

“Suspek kemudian turut merampas telefon bimbit mangsa dan kemudian beredar dari lokasi kejadian menggunaka­n kereta mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Mangsa yang beralamatk­an dari Kampung Sandong, Jalan Stephen Yong kemudian segera melaporkan kejadian tersebut di balai polis berhampira­n.

“Bertindak kepada laporan tersebut, suspek pertama berusia 23 tahun ditangkap di Kampung Segedup pada jam 12 tengah hari (Selasa), suspek kedua berusia 25 tahun ditangkap di Taman Boulder Built, Batu Kawa kira-kira 45 minit kemudian dan suspek ketiga, 27 tahun ditangkap di Kampung Stapok pada jam 4.30 petang hari yang sama.

“Siasatan lanjut mendapati dua daripada suspek (25 dan 27 tahun) mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.

Kesemua suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah kerana suspek menuduh mangsa memberi maklumat berkaitan kegiatan dadahnya kepada polis,” jelas Aidil.

Difahamkan, kereta dan telefon bimbit milik mangsa juga berjaya ditemui semula dan disita untuk siasatan lanjut.

“Turut dirampas ialah senjata yang digunakan dalam insiden tersebut iaitu sebatang kayu hoki,” katanya.

 ??  ?? BERKAS: Suspek-suspek semasa ditangkap dalam operasi tersebut.
BERKAS: Suspek-suspek semasa ditangkap dalam operasi tersebut.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia