Utusan Borneo (Sarawak)

GANDAKAN USAHA KEMBALI JUARAI SUKMA

Persatuan sukan Sarawak digesa persiapkan atlet, fokus capai kejuaraan yang kali terakhir diraih 29 tahun lalu

-

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyeru semua persatuan sukan di negeri agar menggandak­an usaha mereka dalam mempersiap­kan para atlet yang bakal berentap di Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadual berlangsun­g di Johor dari 6 hingga 14 Mac tahun depan.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata, misi memburu gelaran juara keseluruha­n SUKMA edisi ke-20 haruslah disokong oleh setiap persatuan sukan di negeri ini kerana kali terakhir ia menjadi milik Sarawak ialah 29 tahun lalu.

“Misi utama kita kali ini ialah untuk menjadi juara keseluruha­n di SUKMA Johor kelak kerana gelaran itu telah menjadi elusif bagi Sarawak selama 29 tahun,” ujarnya kepada wakil-wakil persatuan sukan yang hadir pada sesi perjumpaan yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya kelmarin.

Turut hadir ialah Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Sarawak Nancy Jolhie dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee.

Abdul Karim juga berkata, para atlet mempunyai kira-kira 200 hari lagi untuk

Misi utama kita kali ini ialah untuk menjadi juara keseluruha­n di SUKMA Johor kelak kerana gelaran itu telah menjadi elusif bagi Sarawak selama 29 tahun.

membuat persediaan sebelum pembukaan SUKMA Johor tahun depan.

“Justeru, kita perlu fokus untuk menghadapi­nya dan seterusnya menjadi juara keseluruha­n untuk temasya sukan ini,” katanya.

Menurutnya, beberapa fasiliti sukan masih ditutup kepada orang ramai seperti kolam renang, namun ia hanya akan dibuka kepada golongan atlet kontinjen negeri Sarawak untuk menjalani latihan persediaan.

Sebelum ini, beliau turut menegaskan selagi ia melibatkan persiapan atlet negeri, beliau mahukan kesemua fasiliti sukan dibenarkan beroperasi semula kerana masa adalah begitu singkat untuk kontinjen negeri Sarawak jika menunggu keadaan kembali seperti biasa.

“Kerajaan negeri Sarawak juga telah bersetuju untuk membuka semula kemudahan kompleks sukan kepada para atlet SUKMA Sarawak untuk berlatih pada 17 Jun dengan penggunaan­nya adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

“Atlet-atlet SUKMA Johor yang bakal bertanding dalam sukan ragbi dan bola sepak turut dibenarkan untuk kembali berlatih dengan syarat mereka harus mematuhi SOP ditetapkan dan semua perkara itu harus dimulakan secepat mungkin,” katanya lagi.

Sementara itu beliau menjelaska­n, para atlet yang bakal bertanding perlu diberi suntikan motivasi agar mereka lebih bersedia dan positif menjalani latihan dalam persekitar­an norma baharu.

Beliau turut yakin dengan dedikasi tinggi ditunjukka­n oleh pengurusan sukan termasuk persatuan dan jurulatih, kontinjen Sarawak akan mempunyai satu pasukan yang kuat untuk berentap dalam temasya sukan dwitahunan itu dan kembali muncul juara.

“Kita sudah kesuntukan masa dalam persiapan menca

Menteri Belia dan Sukan Sarawak

pai misi di mana Sarawak harus menjadi juara di SUKMA Johor. Saya mahu melihat Sarawak mendapat gelaran juara kerana sudah terlalu lama kita telah berusaha untuk mencapainy­a,” ujarnya.

Pada hari sama, Abdul Karim turut melawat sesi latihan atlet-atlet renang dan terjun yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP yang telah dipersetuj­ui oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau sempat berinterak­si dengan jurulatih-jurulatih yang turun padang dan menyaranka­n agar mereka sentiasa memantau perkembang­an para atlet agar aspek kesihatan dan keselamata­n sentiasa diambil berat demi kebaikan bersama.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

 ??  ??
 ??  ?? PERTEMUAN: Abdul Karim semasa mempengeru­sikan sesi perjumpaan tersebut.
PERTEMUAN: Abdul Karim semasa mempengeru­sikan sesi perjumpaan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia