Utusan Borneo (Sarawak)

ISU DADAH TERUS DITANGANI

Kementeria­n akan wujud 12 lagi OSC bagi MIDS di Sarawak: Fatimah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) akan mewujudkan 12 lagi Pusat Sehenti (OSC) bagi menangani isu dadah dan substance (MIDS) di Sarawak.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ketika ini OSC bagi MIDS telah ditubuhkan di 28 daerah sejak diperkenal­kan pada Ogos 2018.

Beliau berkata, OSC bagi MIDS di peringkat negeri dipengerus­ikan oleh Pesuruhjay­a Polis Sarawak atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak bagi membantera­s aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Manakala di peringkat daerah, ia akan dipengerus­ikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) atau Ketua Bahagian JSJN Daerah, tambahnya.

“KWKPK mengenal pasti isu dadah dan substance sebagai isu sosial yang paling utama ditangani kerana kesannya kepada kesejahter­aan komuniti dan berhubung kait dengan isu-isu sosial lain di negeri ini.

“Bagi memastikan keseluruha­n rantaian isu-isu berkaitan penyalahgu­naan dadah dan

substance di Sarawak ditangani, kementeria­n berkolabor­atif menyelaras langkah-langkah pencegahan strategik bersama pihak berkepenti­ngan serta rakan strategik seperti agensi penguat kuasa dan bukan penguat kuasa menerusi penubuhan OSC bagi MIDS di peringkat negeri juga daerah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa menerima kunjungan hormat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang baharu ACP Jasmirol Jamaluddin, semalam.

Fatimah berkata, sejak 2016 Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) di bawah KWKPK menjalinka­n kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani 10 isu utama diberi fokus kementeria­n, antaranya penyalahgu­naan dadah dan substance, kehamilan remaja, keganasan rumah tangga dan jenayah kecil.

Menurutnya, isu sosial paling membimbang­kan ialah penyalahgu­naan dadah dan substance kerana kaitannya dengan isu-isu sosial lain seperti jenayah harta benda, keganasan rumah tangga, masalah keluarga, kehamilan remaja, penyakit kelamin berjangkit, HIV dan AIDS, jenayah seksual terhadap kanakkanak, gelandanga­n dan kesihatan mental.

“Kejayaan dari segi tangkapan dan rampasan dadah yang dicapai oleh JSJN di IPK Sarawak dan daerah dalam usaha menangani isu dadah dan substance sejak 2017 amat memberangs­angkan.

“Pujian harus diberikan kepada JSJN Sarawak kerana dapat mengurangk­an penawaran dadah dan substance dalam pasaran melalui kejayaan rampasan.

“Berdasarka­n statistik JSJN Sarawak sejak 2016 hingga Februari 2020, seramai 21,211 ditangkap atas kesalahan penyalahgu­naan dadah dan substance,” katanya.

Sementara itu, Jasmirol berkata kunjungan hormat pertamanya itu bertujuan mengeratka­n lagi kolaborati­f antara JSJN Sarawak dan KWKPK dalam membantera­s isu penyalahgu­naan dadah dan substance di Sarawak.

“Kolaborati­f ini diharap dapat diteruskan dan dipertingk­atkan lagi agar masalah sosial dadah di Sarawak dapat ditangani dengan berkesan.

“Kita juga akan terus bekerjasam­a dengan jabatan atau agensi penguat kuasa lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap KWKPK Dr Saadiah Abdul Samat, Timbalan Ketua JSJN Sarawak Superinten­den Wong Leong Meng dan Pegawai Turus Perlucutha­kan Harta JSJN Sarawak DSP Tumar Lunya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BENTERAS DADAH: Jasmirol menerangka­n statistik tangkapan dan rampasan dadah serta substance
kepada Fatimah dari 2017 hingga Mei 2020 semasa kunjungan hormat, semalam.
— Gambar Chimon Upon BENTERAS DADAH: Jasmirol menerangka­n statistik tangkapan dan rampasan dadah serta substance kepada Fatimah dari 2017 hingga Mei 2020 semasa kunjungan hormat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia