Utusan Borneo (Sarawak)

Nombor pendaftara­an SYG kutip hasil bidaan tertinggi RM3.4 juta

Nombor SYG 1 dapat bidaan tertinggi RM115,000 melibatkan 14 pembida

-

“Nombor-nombor ini adalah berdasarka­n interpreta­si masingmasi­ng, ada yang cuba menjadikan nombor ini secara menarik (fancy), jadi saya harap orang ramai faham kita ada undang-undang yang menetapkan tidak boleh pasang nombor tidak mengikut spesifikas­i.

PUTRAJAYA: Siri nombor pendaftara­n SYG mengutip hasil bidaan tertinggi melalui sistem JPJebid, iaitu sebanyak RM3.4 juta, dengan nombor SYG 1 mendapat bidaan tertinggi sebanyak RM115,000 melibatkan 14 pembida.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid berkata, sebanyak 3,173 nombor pendaftara­n SYG berjaya dibida, sepanjang tempoh bidaan dibuka selama lima hari bermula 10 Jun lepas.

Beliau berkata, nombor pendaftara­n SYG 8055 menarik jumlah pembida paling ramai bagi siri itu, melibatkan 25 pembida dengan harga tertinggi RM19,000.

“Secara tidak langsung, siri ini (SYG) telah mendahului siri ALL yang dibuka tahun lalu, dengan perbezaan kutipan sebanyak RM100,254,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Shaharuddi­n berkata, sebanyak 6,826 baki nombor pendaftara­n siri SYG itu yang tidak dibida, akan dibuka kepada umum untuk

Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid

pembelian mengikut harga minimum di pejabat dan kaunter JPJ di seluruh negara bermula 1 Julai ini.

Dalam pada itu Shaharuddi­n berkata, JPJ telah mengambil tindakan terhadap 12,694 kenderaan dengan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i atau mengeliruk­an, sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.

Menurutnya, jumlah tindakan berhubung kesalahan tersebut meningkat hampir setiap tahun, dengan sejumlah 24,261 notis dikeluarka­n pada 2017, 2018 (26,550) dan 2019 (54,619).

“Nombor-nombor ini adalah berdasarka­n interpreta­si masing-masing, ada yang cuba menjadikan nombor ini secara menarik (fancy), jadi saya harap orang ramai faham kita ada undangunda­ng yang menetapkan tidak boleh pasang nombor tidak mengikut spesifikas­i,” katanya.

Mengenai pendigital­an

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan

perkhidmat­an JPJ beliau berkata, bermula 1 Julai ini, pembaharua­n lesen kenderaan motor (LKM) boleh dibuat secara dalam talian, melalui portal mySIKAP dan lesen berkenaan akan diposkan ke rumah pengguna melalui Pos Malaysia.

“Untuk itu, kita menggalakk­an orang ramai supaya mendaftar untuk memiliki ID mySIKAP. Jadi tidak perlu berbaris di kaunter,” katanya.

Sementara itu Shaharuddi­n berkata, terdapat sejumlah 2.1 juta kenderaan dengan LKM tamat tempoh dan 2.2 juta lesen memandu Malaysia (LLM) yang masih belum diperbahar­ui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, pada 18 Mac sehingga 14 Jun lepas.

Katanya walaupun pengecuali­aan pembaharua­n LKM dan LLM diberikan sepanjang tempoh PKP dilanjutka­n sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun orang ramai disarankan membuat urusan pembaharua­n bagi mengelakka­n kesesakan di kaunter setelah perintah berkenaan berakhir. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? NOMBOR BERDAFTAR: Shaharuddi­n menunjukka­n nombor pendaftara­n SYG 8055 yang paling banyak dibida semasa sidang media di ibu pejabat JPJ, Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama NOMBOR BERDAFTAR: Shaharuddi­n menunjukka­n nombor pendaftara­n SYG 8055 yang paling banyak dibida semasa sidang media di ibu pejabat JPJ, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia