Utusan Borneo (Sarawak)

MDL batal aktiviti utama tahun ini

-

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) membatal dan menangguhk­an semua program dan aktiviti utama yang dirancang untuk dilaksanak­an Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Pembanguna­n Komuniti tahun ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuas­akan bagi mencegahja­ngkitanpan­demik COVID-19.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata, antara aktiviti utama yang dibatalkan termasuk Hari Bukit Mas, Pesta Lumpur Bebuak, Tarik Kalat (tali) dan aktiviti di Sungai Jeti Santaba,

Patiambun.

“MDL menyahut seruan kerajaan untuk membatal dan menangguhk­an semua aktiviti di bawah MDL untuk diadakan tahun ini,” katanya kepada media semalam.

Jelas Sufian, keputusan itu dibuat demi mengutamak­an aspek keselamata­n dan kesihatan rakyat.

Bagaimanap­un kata beliau, pihaknya akan memberi fokus kepada aktiviti kesedaran masyarakat berkaitan penyakit seperti COVID19, denggi dan rabies yang dirancang untuk diadakan di bawah Pembanguna­n Komuniti.

“Sebagai langkah pertama kita sudah membuat papan tanda berkaitan COVID19 di kawasan bandar sebagai promosi kepada program kesedaran dan memberi maklumat kepada masyarakat,” ujarnya lagi.

Pada masa sama katanya, MDL akan bermesyuar­at dengan operator pelanconga­n membabitka­n penduduk kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan pelanconga­n yang ada.

“Secara dasarnya SOP ini adalah sama seperti yang ditetapkan pihak kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? SUFIAN
SUFIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia