Utusan Borneo (Sarawak)

BOMOH MENGAKU TIDAK BERSALAH SEMBUNYIKA­N WANG MILIK PELANGGAN

-

Seorang bomoh lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan menyembuny­ikan wang milik pelanggann­ya berjumlah RM11,100.

Mohd Iskandar Jutie Abdullah, 34, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curang menyembuny­ikan wang milik pelanggann­ya, Wan Mohamad Zaidi Wan Abdullah, 55, di dalam akaun bank miliknya, berjumlah RM8,800, RM1,300 dan RM1,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya secara berperingk­at di sebuah bank di Jalan Kulas Tengah, Satok, di sini, masingmasi­ng pada 10, 11 dan 17 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Julai depan untuk pengurusan kes.

“Tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM4,000 berserta dua penjamin tempatan untuk kesemua pertuduhan,” ujar Zubaidah semasa prosiding.

Tertuduh yang beralamat di Bandar Baru Samariang itu tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den Polis Rogayah Rosli.

 ??  ?? DIDAKWA: Tertuduh semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.
DIDAKWA: Tertuduh semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia