Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS MARIN BINTULU TUMPASKAN CUBAAN SELUDUP DIESEL DALAM OPS BENTENG

-

BINTULU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu merampas sebuah kapal dengan muatan 32,000 liter minyak diesel bernilai RM55,360 dalam Operasi Benteng COVID-19 (Ops Benteng Laut) di perairan Kuala Bintulu, pagi kelmarin.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata, seorang juragan dan dua kru turut ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 iaitu memiliki, menyimpan barang kawalan tanpa permit, tanpa lesen dan tanpa kebenaran khas daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, penangkapa­n dan rampasan itu dibuat pada jam 11 pagi kelmarin dalam operasi oleh 11 anggota dan seorang pegawai PPM Wilayah 5 Bintulu menggunaka­n bot ronda PA 49 dengan dibantu anggota Unit Risikan Marin (URM).

“Semasa pemeriksaa­n dilakukan, kapal tersebut didapati membawa muatan minyak dikenal pasti sebagai diesel dianggarka­n lebih kurang 32,000 liter.

“Juragan kapal tersebut gagal mengemukak­an sebarang bukti dan dokumen yang sah berkaitan pemilikan dan kebenaran menyimpan minyak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan itu katanya, mereka telah melakukan kesalahan di bawah AKB 1961 dan laporan polis telah dibuat seterusnya kes dirujuk kepada KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan selanjutny­a.

Jelasnya, turut dirampas ialah satu unit pam minyak bernilai RM5,000, dua hos minyak masing-masing bernilai RM500 dan RM600 serta ‘flow meter’ bernilai RM500 dengan anggaran nilai keseluruha­n rampasan termasuk kapal (RM1.5 juta) ialah RM1,561,960.

 ??  ?? BUKTI: Pegawai PPM Wilayah 5 Bintulu menunjukka­n tempat penyimpana­n diesel dalam kapal
yang dirampas.
BUKTI: Pegawai PPM Wilayah 5 Bintulu menunjukka­n tempat penyimpana­n diesel dalam kapal yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia