Utusan Borneo (Sarawak)

Mencuri kerana kelaparan, suami isteri dipenjarak­an

-

MIRI: Nekad mencuri kerana kelaparan, sepasang suami isteri masingmasi­ng dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Syaidatul Ismar Dron, 31, dari Tudan Fasa 3 dan suaminya, Sulaiman Abdullah, 23, dari Kampung Jepak Hulu, Bintulu telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, kedua-dua tertuduh didapati telah mencuri pelbagai jenis makanan pada jam 2.15 petang, 10 Jun lalu di sebuah pasar raya di Tudan.

Kedua-dua kes telah disebut secara berasingan di mahkamah semalam.

Ketika rayuan, keduadua tertuduh merayu hukuman ke atas mereka diringanka­n dan memberitah­u mereka nekad mencuri kerana tidak mempunyai wang dan kelaparan.

Majistret Leona kemudian menjatuhka­n hukuman penjara enam hari ke atas Syaidatul berkuat kuasa mulai tarikh jatuh hukuman, manakala Sulaiman dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 atau dua minggu penjara berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala pasangan suami isteri terbabit tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia