Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki maut kereta terbabas ke dalam parit

-

SARIKEI: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas ke dalam parit dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Pasi, dekat sini, petang kelmarin.

Kemalangan dipercayai berlaku jam 4.45 petang.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Loh Ngie Ying, 30, seorang peniaga dari Tanah Mas, Bintangor.

Ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Bintangor menuju ke Sarikei.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superinten­den Awang Arfian Awang Bujang berkata, siasatan awal kejadian mendapati impak kemalangan tersebut telah menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutny­a.

“Berikutan itu kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” kata Awang dalam kenyataan kepada media, semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, sepasang suami isteri yang turut berada di lokasi kejadian memaklumka­n kepada pihak bomba bahawa mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah anak lelaki mereka.

“Ketika kereta mangsa berjaya ditunda dari dalam parit yang penuh dengan air oleh trak penunda, pihak bomba mendapati mangsa tiada di dalam kenderaann­ya.

“Berikutan itu, pihak bomba telah melakukan pencarian di bahagian dasar parit terbabit dengan menggunaka­n tali.

“Setelah melakukan pencarian dalam tempoh lebih kurang 10 minit di lokasi terbabit, pihak bomba telah berjaya menemui mangsa di dasar parit,” kata Mahmudin.

Sejurus ditemui kata Mahmudin lagi, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia