Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna dadah, tiga lelaki ditangkap di Taman Malihah

-

KUCHING: Bahagian Siasatan JenayahNar­kotik(BSJN)IbuPejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menangkap tiga lagi lelaki kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata ketiga-tiga suspek ditangkap di tempat letak kereta Taman Malihah, Matang hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, pemeriksaa­n di lokasi kejadian membawa kepada penemuan dadah jenis syabu dan pil Erimin 5.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek berusia 28 tahun menjumpai sembilan keratan tiub straw mengangdun­gi ketulan kristal disyaki syabu seberat sekitar 2.05 gram dan sembilan keratan berisi pil-pil disyaki Erimin 5.

“Ketiga-tiga suspek (25 dan 27 tahun) kemudian dibawa ke IPD Padawandan­disahkanpo­sitifdadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Aidil selain itu memberitah­u kesemua suspek mengaku terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah sejak 2015.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 12(2) dan15(1)(a)AktaDadahB­erbahaya (ADB) 1952 yang masing-masing membawa hukuman denda dan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Semua masyarakat diharapkan dapat bekerjasam­a dalam menghapusk­an kegiatan penyalahgu­naan dadah dan sekiranya ada maklumat bolehdisal­urkanterus­kepadakami ditalian 082-862233,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia