Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas ditemui mati di dalam parit

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam parit berdekatan rumahnya di Kampung Haji Baki di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata mangsa dikenali sebagai Yusof Sulaiman, 60, kali terakhir dilihat duduk di tepi parit tersebut sekitar jam 11 pagi kelmarin.

Menurutnya, keluarga mangsa memberitah­u dia tidak pulang selepas itu sehingga ditemui tidak sedarkan diri di dalam parit tersebut sekitar jam 10.40 pagi semalam.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik dari hospital berdekatan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, siasatan awal di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaa­n ke atas badan mangsa juga mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur-unsur jenayah,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutny­a.

“Siasatan dijalankan sebagai kes mati mengejut dan keluarga mangsa juga enggan mayat mangsa dibedah siasat memandangk­an kematian mangsa tiada unsur jenayah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia