Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan Ulu Rimbas Asal siap dibaik pulih

-

KUCHING: Jambatan Ulu Rimbas Asal yang sebahagian­nya rosak akibat banjir pada pagi Selasa, telah dibaiki pulih semalam dan turut siap dalam tempoh yang sama.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong diberi tanggungja­wab untuk menjalanka­n kerja-kerja terbabit.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan pada petang Selasa.

Turut bersama beliau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Jurutera JKR Betong Chiresly Francis Kureng.

Bahagian hadapan jambatan berusia lapan tahun itu runtuh disebabkan hakisan tebing sungai.

Susulan daripada itu ia turut menjejaska­n 19 keluarga Rumah Benjamin Liang yang tinggal berdekatan.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menemui Tuai Rumah Benjamin dan memberi jaminan kepadanya bahawa kerajaan segera memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi itu.

 ??  ?? SIAP: Jambatan Ulu Rimbas Asal yang rosak akibat banjir telah siap dibaik pulih oleh JKR Betong semalam dan kerja membaik pulih dilakukan kurang daripada 24 jam.
SIAP: Jambatan Ulu Rimbas Asal yang rosak akibat banjir telah siap dibaik pulih oleh JKR Betong semalam dan kerja membaik pulih dilakukan kurang daripada 24 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia