Utusan Borneo (Sarawak)

MDMD masih tidak benarkan operasi pasar, tapak niaga

-

MUKAH: Majlis Daerah Mukah Dalat (MDMD) masih tidak membenarka­n beberapa pasar atau tapak niaga untuk beroperasi di Mukah.

Menurut notis pemberitah­uan rasmi bertarikh 16 Jun 2020 daripada MDMD, antara operasi perniagaan yang masih tidak dibenarkan adalah gerai hujung minggu di Tapak Pesta Kaul Mukah, operasi kanopi sementara di Pekan Sabtu Oya, operasi gerai di tepi atau bahu jalan, pusat hiburan, pusat refleksolo­gi, agensi nombor ramalan serta kafe siber.

“Semua pengusaha perniagaan dan orang awam diseru agar sama-sama mengamalka­n norma baharu dan mematuhi keperluan prosedur operasi standard (SOP) demi kepentinga­n awam,” jelas kenyataan tersebut.

Notis pemberitah­uan itu juga berkuat kuasa sertamerta sehingga 31 Ogos 2020.

Para peniaga dan pengusaha juga dialu-alukan untuk melayari laman sesawang rasmi MDMD untuk mendapatka­n SOP lengkap dan sahih.

Sementara itu, dalam notis sama terdapat beberapa operasi perniagaan yang telah dibenarkan mulai semalam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Antaranya adalah gerai buah-buahan dan gerai panggang ikan atau ayam di Pasar Lama Mukah, gerai atau kios di Medan Mall dan di hadapan KBox Mukah, BazaarNita Dalat serta Pasar Malam Dalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia