Utusan Borneo (Sarawak)

BPSSYS disalurkan kepada 1,900 pelajar di Sibu

-

SIBU: Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak (BPSSYS) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal memberi manfaat kepada seramai 1,900 pelajar di Sibu.

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, bantuan ini diberikan kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dan keutamaan diberikan kepada murid tahun satu dan pelajar tingkatan satu pada 2020.

“Ini juga terdiri daripada pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan e-Kasih, murid berkeperlu­an khas, muridmurid Penan atau muridmurid pedalaman serta yang disahkan dalam Focus Group Daerah,” jelasnya pada Majlis Penyerahan Agihan BPSSYS di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu semalam.

Daripada jumlah keseluruha­n, agihan bantuan melibatkan seramai 236 murid daripada 38 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), 734 murid daripada 45 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 930 pelajar daripada 21 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Dr Annuar turut menyeru dan memohon kepada semua vendor kedai-kedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat dalam BPSSYS untuk membekalka­n pakaian seragam yang sama kualitinya dengan nilai baucar yang diberikan kepada pelajar.

“Agihan bantuan ini akan dilakukan dalam bulan ini,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Sementara itu, agihan bantuan akan ditadbir urus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu untuk membantu proses agihan bantuan berjalan lancar.

Hadir sama ialah Timbalan Residen Sibu Wong Hee Sieng, Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamad dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Hal Ehwal Murid (HEM) Sofiana Hassan.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Annuar (dua kiri) melakukan penyerahan agihan BPSSYS kepada Sofiana sambil diperhatik­an Wong (kiri) dan Suhaili.
TERIMALAH: Dr Annuar (dua kiri) melakukan penyerahan agihan BPSSYS kepada Sofiana sambil diperhatik­an Wong (kiri) dan Suhaili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia