Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan semua kemudahan sukan dan rekreasi disambut baik

-

MIRI: Keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan negeri untuk membenarka­n semua kemudahan sukan dan rekreasi di bawah pengawasan kerajaan negeri dibuka semula kepada orang awam mulai semalam adalah berita baik bagi kawasan Parlimen Sibuti.

Ahli Parlimenny­a Lukanisman Awang Sauni berkata, beliau menerima banyak maklum balas dan cadangan daripada para belia dan penduduk di kawasannya di mana mereka tidak sabar untuk menjalanka­n aktiviti sukan seperti badminton dan zumba.

“Seperti di kawasan saya, Pusat Aktiviti Belia Sibuti di Bekenu telah ditutup sejak awal pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami juga telah berbincang dengan pihak pengurusan untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat apabila dibuka semula tidak lama lagi.

“Oleh itu, saya juga memerlukan kerjasama daripada KBS untuk menjelaska­n SOP kepada penduduk agar kita dapat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 kerana vaksin masih belum dijumpai, langkah berjaga-jaga perlu diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa memeriksa dan menyaksika­n penyerahan projek tebingan sungai mini di Kampung Bakam oleh agensi pelaksana Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) iaiu Majlis Bandaraya Miri (MBM) kepada wakil Kampung Bakam di sini, semalam.

Lukanisman berkata, projek tersebut adalah salah satu projek di bawah RTP negeri dan bertujuan memelihara tebing sungai serta tempat untuk aktiviti rekreasi bagi penduduk.

“Tebingan sungai mini ini juga dapat dianggap sebagai salah satu tarikan untuk pelanconga­n domestik.

“Ini adalah fasa pertama projek ini dan dijalankan bersama dengan pemulihara­an sungai kerana terdapat banyak kes hakisan sungai di Kampung Bakam.

“Pada tahun 2019 saya telah melaksanak­an beberapa projek RTP di sini (Kampung Bakam) terutama pemelihara­an tebing sungai dan lanjutanny­a, kami akan menambah kemudahan rekreasi untuk penduduk kampung dan projek ini akan dilaksanak­an melalui pembiayaan daripada kerajaan pusat yang dinamakan Projek Mesra Rakyat.

“Oleh itu, kita mempunyai dua pembiayaan iaitu daripada RTP dan Projek Mesra Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Lukanisman mendedahka­n bahawa kos projek tebingan sungai mini ini adalah berjumlah RM100,000 dan sepatutnya bermula pada Januari tahun ini tetapi disebabkan PKP, projek itu terpaksa ditangguhk­an dan fasa pertama selesai pada 31 Mei.

“Proses fasa kedua untuk Projek Mesra Rakyat telah diluluskan dan akan memerlukan sekitar tiga hingga empat bulan untuk dokumentas­i dan pelaksanaa­nnya.

“Jadi saya rasa kita akan dapat melaksanak­an sepenuhnya projek fasa kedua dalam tahun ini,” katanya.

Turut hadir semalam ialah Ketua Kaum Marini Lidi, Penghulu Adam Bujang dan Pembantu Teknikal MBM Daniel Cheng.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lukanisman (belakang kanan) menyaksika­n penyerahan dokumen projek oleh Cheng (dua kanan) kepada Marini.
TERIMA KASIH: Lukanisman (belakang kanan) menyaksika­n penyerahan dokumen projek oleh Cheng (dua kanan) kepada Marini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia