Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan JKKK terima geran DUN Simanggang berjumlah RM29,000

-

SRI AMAN: Sebanyak sembilan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di Batu Lintang, Undop dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima geran kerajaanbe­rjumlahRM2­9,000 dekat sini, semalam.

JKKK tersebut terdiri daripada JKKK Rumah Jalie Tutong di Ijok, Rumah Sanggau di Sungai Reboh, Rumah Tuang di Sungai Labi, Rumah Victoria di Rampu Wie, Rumah Bericha di Temiang Baru, Rumah Kuti di Sungai Nunggang Temiang, Rumah Jubang di Temiang Jambatan dan Rumah Janyun di Temiang Asal, masing-masing menerima RM3,000.

Manakala JKKK Rumah Mingging di Munggu Ruan menerima geran RM5,000.

Terdahulu, pada majlis ringkas penyampaia­n geran berkenaan, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti merangkap ADUN Simanggang Datuk Francis Harden Hollis di Rumah Bericha mengharapk­an geran yang disalurkan itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembanguna­n di rumah panjang masingmasi­ng.

“Selaku wakil rakyat yang bertanggun­gjawab di kawasan ini, saya ingin melihat setiap geran yang disalurkan kerajaan digunakan dengan sebaik mungkin.

“Geran ini sama ada untuk pembanguna­n rumah panjang atau untuk pelaksanaa­n aktiviti yang boleh mendatangk­an keuntungan kepada seluruh penghuni rumah panjang dan JKKK yang terlibat,” tegasnya.

“Tidak semestinya untuk penganjura­n aktiviti JKKK, dana ini juga boleh digunakan untuk hadiah galakan kepada anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran mereka dan sebagainya.

“Buatlah perancanga­n awal bagaimana untuk membelanja­kan geran ini agar sampai kepada golongan sasar dan memberikan manfaat kepada seluruh penduduk di rumah panjang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman Kaunselor Andar Suntai serta ahli Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Cawangan Simanggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia