Utusan Borneo (Sarawak)

‘PPU Talk’ kupas isu mendepani krisis di luar jangka

-

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Pengurus UNIMAS(PPU)mengadakan ‘PPU Talk’ bertajuk ‘Pengurusan Dinamik dan Berpandang­an Jauh Dalam Menghadapi Krisis Luar Jangka’ bersama Pendaftar UNIMAS Azlan Ramli secara dalam talian pada pagi kelmarin (Selasa).

UNIMAS menerusi kenyataann­ya semalam berkata, program ‘PPU Talk’ yang diadakan selama satu jam setengah itu bertujuan meningkatk­an visibiliti PPU sebagai sebuah persatuan yang dapat mengumpulk­an para pentadbir di universiti tersebut.

Jelasnya, antara isuisu yang dibincangk­an dalam program berkenaan ialah berkaitan langkahlan­gkah yang telah diambil pengurusan UNIMAS dalam mendepani situasi sukar semasa penularan wabak COVID-19.

Dalam pada itu Azlan menjelaska­n bahawa UNIMAS telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan urusan universiti dapat berjalan seperti biasa, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula dilaksanak­an.

“Kita amat bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada warga UNIMAS dan ia menjadi kunci semangat kita untuk berjaya menguruska­n krisis di luar jangka.

“Malah kita percaya bekerja dalam norma baharu ini juga mampu membantu institusi dalam menangani sebarang perubahan dan krisis pada masa depan,” katanya.

Sementara itu pihak UNIMAS memaklumka­n, program ‘PPU Talk’ berkenaan masih boleh ditonton secara ulangan melalui media sosial PPU.

PPU juga berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih ramai lagi capaian penonton serta mengupas lebih banyak isu berkaitan pentadbira­n kepada warga UNIMAS dan masyarakat setempat.

 ??  ?? BERMANFAAT: Di sebalik tadbir sesi ‘PPU Talk’ anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS.
BERMANFAAT: Di sebalik tadbir sesi ‘PPU Talk’ anjuran Persatuan Pengurus UNIMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia