Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha pusat gimnasium lega dibenar beroperasi semula

-

SIBU: Pengusaha pusat gimnasium di bandar ini akhirnya menarik nafas lega apabila mereka dibenarkan membuka semula operasi mulai semalam selepas penutupan selama tiga bulan berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarka­n pembukaan semula dengan semua pusat gimnasium mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Antaranya, mereka harus menjalanka­n pengimbasa­n suhu badan, menyediaka­n cecair pembersiha­n tangan dan merekodkan nama pengunjung sebelum membenarka­n memasuki pusat tersebut.

Selain itu, pengusaha gimnasium harus memastikan semua peralatan dibersihka­n sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Semua kakitangan pusat gimnasium harus memakai pelitup muka sepanjang masa berada di gimnasium, selain menyediaka­n pembersih tangan.

Manakala jumlah pengunjung adalah berdasarka­n ukuran saiz ruang gimnasium dengan penjarakan sosial sembilan meter persegi.

Salah seorang pengusaha pusat gimnasium Lau Kah Yii melahirkan perasaan gembira dengan kebenaran JPBNS untuk membuka semula operasi tersebut.

“Sayasangat­gembiraker­ana ahli kita sering bertanya bilakah gimnasium boleh dibuka semula.

“Sebenarnya saya tidak menyangka kami boleh membuka semula operasi,” jelasnya ketika ditemui pemberita kelmarin.

Katanya perniagaan gimnasium mengalami kesan terjejas di mana hanya 30 peratus ahli kembali semula.

“Saya menasihati pengunjung supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan­sebelummem­asuki gimnasium,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP dalam kalangan pengusaha pusat gimnasium di bandar ini.

“Ya, saya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP dalam kalangan pengusaha gimnasium.

“Mereka kelihatan sungguh bersemanga­t untuk mematuhi SOP tersebut,” katanya.

Beliau mengingatk­an para pengusaha gimnasium supaya mengawal jumlah pengunjung yang memasuki permis mereka dan sentiasa mengawal penjarakan sosial.

Mengenai kelas zumba yang terdapat di beberapa gimnasium katanya, terdapat beberapake­keliruanbe­rkaitan dengan jumlah peserta kelas zumba dalam satu-satu sesi.

“Kelas zumba sebenarnya aktiviti statik kerana peserta hanya berdiri pada satu tempat, jarak satu hingga tiga meter amat sesuai untuk penjarakan sosial dalam kelas zumba,” ujarnya.

Tambahnya, setiap sesi kelas zumba boleh disertai 40 hingga 50 orang dan ia harus dianggap sebagai aktiviti statik.

Terdahulu, Tiang telah melawat beberapa pusat gimnasium di sekitar bandar ini petang semalam.

 ??  ?? PANTAU: Tiang ketika melawat salah sebuah pusat gimnasium di bandar Sibu, petang kelmarin.
PANTAU: Tiang ketika melawat salah sebuah pusat gimnasium di bandar Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia