Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan SOP oleh premis kerajaan di UTC Kuching memuaskan

-

KUCHING: Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh premis kerajaan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Kuching berada dalam keadaan memuaskan, kata Setiausaha Persekutua­n Sarawak Mohd Shahabuddi­n Omar.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke premis-premis di UTC semalam.

Pelaksanaa­n SOP tersebut ialah menerapkan amalan konsep 3W (Wash, Wear and Warn) dan memastikan orang ramai mengelakka­n 3C (Crowded Places, Confined Spaces and Close Conversati­on) di premis mereka.

Lawatan tersebut juga bertujuan meninjau kelancaran pengoperas­ian premisprem­is kerajaan persekutua­n yang menawarkan perkhidmat­an di UTC Kuching.

Perkara itu adalah selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (Budaya Kerja Perkhidmat­an Awam Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) di mana semua perkhidmat­an kerajaan telah diarahkan untuk beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh PKPP dilaksanak­an berkuat kuasa 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Semasa lawatan, beliau sempat melawat beberapa premis jabatan dan agensi kerajaan termasuk Klinik Kesihatan UTC, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sarawak serta Biro Pengaduan Awam.

Terdahulu, Shahabuddi­n telah diberikan taklimat berkaitan SOP UTC Kuching yang telah disampaika­n oleh wakil UTC Kuching Nur Hafiza Abu Bakar.

Turut hadir, Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sarawak Banges Munga dan Pengarah Biro Pengaduan Awam Stevincent Freddy Baru.

 ?? — Gambar Penerangan ?? TAKLIMAT:Shahabuddi­n diberi penerangan oleh salah seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak semasa lawatan ke UTC.
— Gambar Penerangan TAKLIMAT:Shahabuddi­n diberi penerangan oleh salah seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak semasa lawatan ke UTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia