Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kedai telefon bimbit didakwa sembunyika­n wang milik wanita lain

-

KUCHING: Seorang pekerja telefon bimbit didakwa di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin atas tiga pertuduhan menyembuny­ikan wang milik wanita lain pada Ogos 2018.

Nur Qurratu ‘aini Zanudin, 24, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah

Sharkawi.

Justeru, dia dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM1,500 berserta dua penjamin tempatan.

Zubaidah juga menetapkan 16 Julai depan untuk pengurusan kes.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa menyembuny­ikan harta iaitu wang milik Zunina

Ahmad, 28, berjumlah RM4,768, menerusi akaun banknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya pada 9 Ogos 2018, di sebuah cawangan bank di Taman BDC di sini, masing-masing pada jam 11.17 pagi, 1.52 petang dan 3.01 petang.

Tertuduh dalam kes ini dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan telekomuni­kasi atau ‘Macau Scam.’

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan iaitu mengalih atau menyembuny­ikan atau membantu mengalih atau menyembuny­ikan harta sendiri atau orang lain secara tidak jujur.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara boleh sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh diwakili peguam, David Hii Chin Loung.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 26 tahun turut mengaku tidak bersalah apabila didakwa atas kesalahan sama di bawah Seksyen 424 Kanun

Keseksaan.

Mohd Asrol Faezan Hajeli yang beralamatk­an di Kampung Segedup, Jalan Batu Kawa itu didakwa menyembuny­ikan harta iaitu wang milik Sipiah Muhi, 51, berjumlah RM10,380 menerusi akaun banknya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Matang Jaya, pada 17 Oktober 2018, jam 10.15 pagi.

Mahkamah menetapkan 20 Julai depan untuk pengurusan kes.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den Polis Rogayah Rosli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia