Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan semula taska, tadika berdasarka­n beberapa justifikas­i

Keputusan membuka semula taska dan tadika adalah atas permintaan ibu bapa serta industri, kata Fatimah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Keputusan membuka semula taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanakkanak (tadika) berdasarka­n beberapa justifikas­i.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata keputusan membuka semula taska dan tadika adalah atas permintaan ibu bapa serta industri.

Beliau berkata apabila kelongaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat, ibu bapa sudah mula bekerja, jadi ada antara mereka memerlukan tempat jagaan anak-anak yang selamat dan boleh dipercayai apabila kedua-duanya bekerja.

“Anak perlu ditempatka­n di tempat yang selamat dan boleh dipercayai, hasil daripada itu mereka (ibu bapa) telah mengemukak­an permohonan kepada MKN (Majlis Keselamata­n Negara) di peringkat persekutua­n.

“Keadaan sama di Sarawak, kita telah menyuaraka­n permohonan daripada kalangan ibu bapa yang sudah mula turun bekerja, untuk menempatka­n anak-anak mereka di tempat yang boleh dipercayai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungaan hormat daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin di sini, semalam.

Justifikas­i kedua ialah taska khasnya perlu dibuka semula kerana industri pusat jagaan kanak-kanak juga mempunyai impak sangat besar semasa pandemik COVID-19, katanya.

Beliau berkata operator hilang pendapatan selama tiga bulan tetapi masih perlu

Anak perlu ditempatka­n di tempat yang selamat dan boleh dipercayai, hasil daripada itu mereka (ibu bapa) telah mengemukak­an permohonan kepada MKN (Majlis Keselamata­n Negara) di peringkat persekutua­n.

membayar gaji guru dan dikhuatiri jika keadaan ini berterusan mereka boleh ‘gulung tikar’ serta ada yang akan hilang pekerjaan.

“Bagi kami sebagai seorang pendidik, kami melihat kepentinga­n pendidikan awal kanak-kanak ini sebagai justifikas­i juga, sebab ia adalah pendidikan asas hidup seorang individu.

“Kita telah menggunaka­n justifikas­i-justifikas­i ini untuk memohon supaya institusi pendidikan awal kanakkanak (IPAKK) ini, iaitu taska kemudian tadika dibuka semula,” ujarnya.

Menurut Fatimah SOP pembukaan semula taska pada 9 Jun lalu dan tadika pada 1 Julai depan sudah mendapat persetujua­n Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Beliau dalam pada itu, beliau tidak menolak masih ada ibu bapa yang masih belum bekerja dan agak keberatan menghantar anak kecil mereka ke taska seterusnya memilih menjaga sendiri anak-anak.

“Pada minggu pertama, pemantauan kita mendapati pematuhan kepada SOP sangat baik bagaimanap­un tiada taska merekodkan kehadiran kanak-kanak 100 peratus.

“Ada yang hanya merekodkan kehadiran 20 peratus, ada yang merekodkan 30 peratus, 40 peratus tetapi tiada yang merekodkan 100 peratus.

“Antara penjelasan daripada operator, ialah ada ibu bapa masih tidak mahu menghantar anak mereka ke taska kerana masih kurang yakin dan ada yang masih belum bekerja,” jelasnya.

Sehubungan itu, kementeria­nnya bersama agensiagen­si lain termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) akan melihat bagaimana sambutan ibu bapa apabila tadika dibuka pada 1 Julai nanti.

Beliau menegaskan, segala usaha telah dibuat oleh operator dan kakitangan juga pendidik serta pengasuh di taska dan tadika untuk memastikan kebersihan di dalam termasuk persekitar­an sentiasa bersih.

Mereka juga akan melaksanak­an penjarakan sosial

Dato Sri Fatimah Abdullah

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

dengan mengubah kedudukan kerusi dan meja, pengasinga­n alat pembelajar­an dan permainan dan sebagainya seperti termaktub dalam SOP ditetapkan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kritikan-kritikan netizen terhadap keputusan kerajaan membuka semula tadika selepas ia tutup sejak Mac lalu.

Antara kritikan ialah netizen mempersoal­kan kenapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) disuruh pulang manakala kanak-kanak tadika diatur kembali bersekolah.

Menjawab lanjut kritikan tersebut, Fatimah berkata ia adalah keputusan Kementeria­n Pengajian Tinggi dan di luar bidang kuasanya.

“Soalan itu hanya boleh dijawab oleh Menteri Pengajian Tinggi tetapi saya percaya mereka (pelajar IPT) juga akan kembali ke kampus tidak lama lagi,” ujarnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PENJELASAN: Fatimah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua JSJN Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin semalam.
— Gambar Chimon Upon PENJELASAN: Fatimah bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Ketua JSJN Sarawak ACP Jasmirol Jamaluddin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia