Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia bekerjasam­a dengan hotel tempatan tawar kombo penerbanga­n, hotel melalui SNAP

-

SEPANG: AirAsia meneruskan usaha untuk memacu industri pelanconga­n domestik melalui kerjasama secara terus dengan hotel-hotel tempatan untuk menawarkan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar melalui SNAP, sebuah platform tempahan kombo penerbanga­n dan hotel.

AirAsia menerusi kenyataann­ya semalam berkata, SNAP memanfaatk­an rangkaian luas AirAsia di lebih 160 destinasi, dengan laluan unik dan eksklusif untuk memberikan harga penerbanga­n terbaik sambil bekerjasam­a secara terus dengan hotelhotel tempatan untuk menawarkan nilai terbaik.

Tawaran ini katanya, juga memberikan faedah secara langsung kepada para pengguna dengan kemudahan dan penjimatan yang lebih besar serta pakej yang berpatutan, seterusnya mempercepa­tkan pemulihan pelanconga­n domestik.

“Melalui SNAP, para pelanggan boleh terbang dan tinggal dengan harga serendah RM139 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (Le Embassy Hotel), RM199 dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur (The Chow Kit - an Ormond Hotel), RM299 dari Kota Kinabalu ke Sandakan (Sabah Hotel) dan banyak lagi.

“Tawaran menarik ini boleh didapati di airasia. com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun hingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai hingga 30 November 2020,” kata kenyataan tersebut.

Katanya, rakan kongsi hotel juga dapat memanfaatk­an ekosistem AirAsia yang merangkumi pengunjung yang tinggi di laman airasia.com, pangkalan data penumpang, titik jualan yang pelbagai dan kempen pemasaran strategik dan kreatif yang memfokuska­n kepada destinasi menarik.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia. com Karen Chan berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasam­a dengan hotel-hotel tempatan melalui SNAP yang menawarkan cara perjalanan baharu.

“Kini anda tidak perlu lagi membanding­kan harga dari 10 laman web berlainan kerana tempahan penerbanga­n dan hotel yang mudah dan dijamin dengan nilai terbaik boleh didapati dengan hanya beberapa klik.

“Ini selari dengan usaha AirAsia untuk menyokong industri pelanconga­n, yang terkesan dengan pandemik terkini.

“AirAsia berbesar hati untuk memainkan peranan dalam merancakka­n sektor pelanconga­n domestik dengan kempen ini yang menawarkan kombo penerbanga­n dan hotel dengan nilai yang tiada tandingan. Jadi, tempahlah melalui SNAP untuk perjalanan anda dengan kami,” ujar beliau.

Hotel-hotel yang tersedia melalui SNAP merangkumi hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang seperti The

Chow Kit - An Ormond Hotel, MoMo’s Kuala Lumpur, Tune Hotels, Lexis Port Dickson, Vouk Hotel Suites dan banyak lagi.

Bagi hotel-hotel tempatan lain yang berminat untuk bekerjasam­a dan menjadi sebahagian daripada revolusi SNAP boleh menghubung­i pihak AirAsia.

Harga yang dinyatakan dalam bahan promosi adalah untuk seorang dengan bilik berkembar dan termasuk tambang penerbanga­n pergi-balik dan penginapan selama tiga hari dua malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersedia­an.

Terma dan syarat tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersedia­an bilik dan tempahan awal mungkin dikenakan.

Harga yang dinyatakan adalah khusus untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Untuk terma dan syarat penuh layari

Untuk berita terkini AirAsia, aktiviti dan promosi, ikuti AirAsia di Twitter

Facebook

dan Instagram

 ??  ?? REBUT PELUANG: Tawaran menarik ini boleh didapati di airasia. com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun sehingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 November 2020.
REBUT PELUANG: Tawaran menarik ini boleh didapati di airasia. com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 16 Jun sehingga 21 Jun 2020 untuk perjalanan antara 15 Julai dan 30 November 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia