Utusan Borneo (Sarawak)

Satu lagi kes positif COVID-19 direkodkan di Sarawak

-

KUCHING: Satu lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sarawak semalam, juga dari Bintulu melibatkan ahli keluarga yang sama hasil saringan dan pengesanan kontak kepada kes ke-557.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dengan kes berkenaan ia menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di Sarawak setakat ini seramai 561 kes.

“Kes di Bintulu ini adalah kontak dengan kes pelajar sebelum ini, juga dari keluarga yang sama dan ia adalah hasil daripada pengesanan kontak yang dilakukan.

“Jabatan Kesihatan Negeri akan meneruskan pengesanan kontak bagi kes ini serta memantau keadaan.

“Ia bergantung kepada situasi sama ada operasi Pengesanan Kes Aktif (ACD) perlu dilakukan atau tidak, setakat ini kita belum ada keputusan,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada sidang media harian COVID19 di sini, semalam.

Tambah Uggah, kes berkenaan adalah disifatkan sebagai kluster baharu iaitu kluster keluarga dan sehingga kini masih belum ada keperluan untuk melakukan kawalan pergerakan.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai situasi COVID-19 di Sarawak, beliau berkata dimaklumka­n juga bahawa tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital semalam.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruha­n kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj setakat semalam adalah kekal seramai 534 orang atau 95.19 peratus dengan seramai 10 orang masih menerima rawatan di hospital, di dalam wad isolasi dan jumlah kematian kekal seramai 17 orang.

“Manakala seramai 17 kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan 11 kes masih menunggu ujian makmal.

“Pada hari ini (semalam), seramai 43 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin, menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 12 hotel adalah seramai 648 orang.

“Manakala seramai 16,184 PUS telah tamat menjalani tempoh kurantin,” katanya.

Sementara itu pada Selasa, Sarawak merekodkan tiga kes baharu positif COVID-19 dan kesemuanya dari daerah Bintulu.

Menurut Sekretrari­at JPBNS, ketiga-tiga kes itu melibatkan sebuah keluarga hasil saringan dan pengesanan kontak kepada kes ke-557.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia