Utusan Borneo (Sarawak)

Polis giat jejaki suspek bakar lori

-

SIBU: Polis di sini sedang menjejaki seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan membakar sebuah lori awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Collin Babat berkata, pengadu, 42, baru sahaja bangun tidur sekitar jam 6 pagi itu dan terkejut apabila mendapati lori lima tan yang diparkir di luar rumah di Jalan Pahlawan sedang terbakar.

“Pengadu bersama isterinya bergegas keluar dan berjaya memadamkan api sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya kerugian yang dialami pengadu dianggarka­n RM35,000.

Menurutnya, pengadu merupakan seorang peniaga yang mengendali­kan kutipan sisa minyak terpakai dari bengkel di seluruh Sarawak dan sisa barangan buangan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati seorang pekerja pengadu telah memarkir lori tersebut di tempat kejadian pada jam 6 petang sehari sebelum kejadian.

“Pengadu mengesyaki perbuatan khianat itu dilakukan oleh seorang lelaki yang merupakan pesaing perniagaan­nya,” katanya.

Bagaimanap­un polis kemudian memanggil lelaki berkenaan dan berjaya mengesan lelaki yang disyaki itu di Kuching.

Lelaki itu mengaku mengenali pengadu tetapi tidak pernah berurusan dengannya.

“Lelaki itu memberitah­u polis pengadu mengesyaki­nya sebagai suspek kerana dia (pengadu) mungkin tidak berpuas hati garagara lelaki itu mendapat kontrak membekalka­n minyak, logistik dan terlibat dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia