Utusan Borneo (Sarawak)

Permudahka­n urusan rentas sempadan warga Brunei ke Miri

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diminta merangka prosedur operasi standard (SOP) yang dapat membantu memudahkan­rentassemp­adankhusus­nya untuk laluan di antara Sarawak (Miri) dengan Brunei bagi meningkatk­an lagi ekonomi tempatan.

Kelvin Hii, yang juga pembantu khas kepada Ketua SUPP Cawangan Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii dalam satu kenyataan media semalam memberitah­u demikian bagi menyatakan keprihatin­annya terhadap ekonomi Miri yang sebahagian­nya disumbangk­an warga atau pelawat dari Brunei.

“Kita harus mengakui ekonomi kita berjaya dan maju kerana sebahagian­nya disebabkan oleh industri minyak dan gas serta sokongan daripada pelawat dari negara jiran Brunei yang turun berbelanja di Miri.

“Ketika ini industri minyak dan gas tidak berjalan dengan baik dan sempadan antara Miri dan Brunei masih ditutup, perkara ini benar-benar menjejaska­n majoriti warga perniagaan di Miri,” ujar Hii.

Dengan pandemik COVID-19 masih menjadi ancaman, Hii berkata beliau masih bimbang akan keselamata­n masyarakat Miri.

“Saya setuju SOP perlu dilaksanak­an seperti mengawasi pengunjung ketika mereka berkunjung ke sini, peraturan yang ketat untuk memakai topeng muka dan memerhatik­an jarak sosial ketika berada di sini,” katanya.

Sebelum ini, Hii telah membuat pemeriksaa­n dan melakukan tinjauan di pasar raya besar yang juga mempunyai pendapat yang sama bahawa perniagaan tidak sama tanpa pembeli warga Brunei.

“Beberapa pasar raya bahkan mengalami penurunan keuntungan sebanyak 70 peratus.

“Sementara itu, hotel dan restoran juga mengalami situasi serupa,” katanya.

Sehubungan itu, Hii berharap JPBNS dapat menyelesai­kan SOP yang diperlukan dari segi prosedur masuk untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Miri.

 ??  ??
 ??  ?? HII
HII

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia