Utusan Borneo (Sarawak)

SOP sektor pembinaan beri kesan kepada harga produk

Disebabkan SOP berkenaan pemaju memerlukan lebihan kos dan masa untuk menyiapkan sesuatu projek, kata Sim

- Oleh Patricia Gari

MIRI: Gereja Anglikan di sini menyambut baik pengumuman yang dibuat kerajaan persekutua­n dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengenai pembukaan semula gereja berkuat kuasa 20 Jun ini.

Uskup Kanan Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Reverend Kanan Donald Jude memberitah­u, dalam pada mereka menyambut berita ini dengan penuh semangat namun beliau mahu penganut sentiasa berwaspada dan terus berhati-hati.

“Tidak akan ada rasa puas hati kerana koronaviru­s (COVID-19) itu masih wujud.

“Justeru semua prosedur operasi standard (SOP) harus dipatuhi dengan ketat seperti yang telah kita lakukan sejak awal wabak ini tercetus dalam negara kita,” katanya.

Beliau ketika dihubungi bagi mengulas mengenai keputusan JPBNS mengenai pembukaan kembali gereja memberitah­u, Gereja Anglikan juga gembira kerana norma baharu seperti penjarakan sosial sekurangku­rangnya satu meter dan protokol kebersihan lain perlahan-lahan mulai diterima menjadi norma dalam kehidupan.

Beliau malah berkata para paderi dan pemimpin gereja telah diberi taklimat dan para penganut juga diberitahu cara dan sebab mereka perlu mematuhi semua protokol berkenaan.

“Sebilangan besar gereja kami telah atau sedang dalam peringkat akhir mengatur tempat duduk dan penyediaan kaunter untuk pemeriksaa­n suhu, informasi peribadi bagi memudahkan usaha pengesanan dan kontak rapat mereka dan juga latihan sukarelawa­n yang akan membantu membersihk­an kawasan gereja sebelum dan selepas setiap kali upacara sembahyang diadakan termasuk bilik air,” katanya.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamata­n dan kesejahter­aan semua pengunjung gereja dan penganut.

“Bagi mereka yang sihat, anda dialu-alukan untuk menunaikan sembahyang di gereja Anglikan yang akan dibuka semula pada hari Ahad, 28 Jun ini,” tambahnya.

Donald percaya dengan kerjasama JPBNS dan Unit Untuk Agama-Agama Lain (UNIFOR) serta masyarakat umum maka pihaknya dapat membantu membendung malah memutuskan rantaian COVID-19 di Sarawak.

Pada masa ini Gereja Anglikan di Sarawak mempunyai 45 paroki dengan 150,000 anggota.

KUCHING: Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sektor pembinaan akan memberi kesan kepada harga akhir produk sama ada rumah kediaman atau jambatan.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Sim Kiang Chiok berkata disebabkan SOP berkenaan pemaju memerlukan lebihan kos dan masa untuk menyiapkan sesuatu projek.

“SOP seperti penjarakan sosial di tapak pembinaan, ujian COVID-19 dalam kalangan pekerja asing dan pembinaan kuarters pekerja sudah tentu akan memberi kesan kepada kos perniagaan.

“Penjarakan sosial bermakna jumlah pekerja dikurangka­n di setiap tapak pembinaan dan meningkatk­an masa untuk menyiapkan sesuatu projek.

“Ujian COVID-19 juga mengambil masa dan kos ditanggung majikan, undangunda­ng terbaru berhubung kuarters pekerja akan meningkatk­an lagi kos. Semua kos ini akan memberi kesan

Pengerusi SHEDA Cawangan Kuching

kepada harga akhir produk,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.

Sim bagaimanap­un tidak menolak kepentinga­n untuk menyelamat­kan nyawa tetapi kenaikan kos akibat pematuhan SOP ini boleh diterima semua pihak.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu mendahului usaha memajukan ekonomi dan mengembali­kan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Beliau berkata pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah menghenti dan melambatka­n banyak aktiviti pembinaan di seluruh negara.

Beliau memberitah­u bahawa rata-rata kontrak pembinaan menyediaka­n pelanjutan masa dan banyak tuntutan kontrak pada bulan-bulan akan datang melainkan kerajaan campur tangan dengan memperkena­lkan undang-undang bagi penyelesai­an sejagat kepada masalah timbul akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan telah mengumumka­n perkara itu bakal dibentang di Parlimen pada Julai depan dan diharap akan menjimatka­n masa serta kos ligitasi semua kontrak terjejas berikutan arahan sekatan.

“Dalam melaksanak­an norma baharu sehingga vaksin dihasilkan, cara melakukan perniagaan tidak sama seperti sebelum ini. Kita harus melaksanak­an SOP sepanjang masa.

“Kita boleh menjangkak­an jumlah perniagaan yang rendah dan kos lebih tinggi apabila pembeli rumah perlu membuat keputusan besar dengan mengambil kira masa depan pekerjaan atau perniagaan mereka,” ujarnya.

Sim dalam pada itu mengakui Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 dan melandaika­n keluk (COVID-19) serta membenarka­n hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Rakyat Malaysia ujarnya, mesti bersatu dan bekerja keras bagi memastikan ekonomi negara berkembang semula.

SOP seperti penjarakan sosial di tapak pembinaan, ujian COVID-19 dalam kalangan pekerja asing dan pembinaan kuarters pekerja sudah tentu akan memberi kesan kepada kos perniagaan.

Sim Kiang Chiok

 ??  ?? DONALD
DONALD
 ??  ?? SIM
SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia