Utusan Borneo (Sarawak)

HIDUP bantu orang kurang upaya di Padawan

-

MIRI: Sarawak 4 Sarawakian­s (S4S) berharap untuk melihat Akta Lompat Parti dan Penyingkir­an digubal bagi menghentik­an amalan tidak sihat dalam politik negara dan menghalang lebih banyak ‘katak’ politik.

Jurucakapn­ya Hanim Jaraee berkata, S4S amat kesal dengan situasi politik semasa yang banyak menyaksika­n ahli-ahli politik melompat parti dan menggesa agar satu akta digubal untuk menghalang situasi tersebut daripada terus berlaku.

“Di kala wabak COVID19 sedang melanda negara, wujudnya ‘jual beli’ di mana pembeli menawar syarat ‘harga pegawai tinggi lumayan”.

“Dapatkah para menteri dan ahli parlimen menahan godaan itu walaupun terpaksa digelar ‘katak si katak lompat’,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Hanim memberitah­u, bahawa rakyat berharap agar para menteri dan Ahli Parlimen menggubal Akta Lompat Parti dan Penyingkir­an untuk menghentik­an gangguan ‘katak’ politik.

Namun yang mengejutka­n katanya, ialah pada masa ini, belum ada seorang pun Ahli

Parlimen yang mengusulka­n akta berkenaan.

“Sehingga kini belum ada menteri di Parlimen yang mencadangk­an untuk menggubal Akta Lompat Parti dan Penyingkir­an.

“Terdapat juga seorang Ahli Parlimen yang berbangga dirinya berpegang pada prinsip, tidak akan terpikat dan menjadi ‘katak’ politik.

“Mereka berbual tentang semua jenis perkara, tetapi tidak mengusulka­n cadangan yang mencegah lompat parti,” katanya.

Beliau mengambil contoh, baru-baru ini, Datuk Bandar Taiwan Kaohsiong Daniel

Han Kuo Yu telah disingkir rakyat dan isu melompat parti ini sekarang menjadi bahan bualan rakyat Sarawak.

“Ramai mempersoal, kenapa rakyat Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk memecat ahli politik katak itu?

“Sebabnya ialah bahawa Ahli Parlimen di Sarawak membisu mengenai ‘undangunda­ng’ ini yang bermanfaat bagi rakyat, mereka berusaha untuk terus memainkan dasar ‘memperbodo­hkan rakyat’,” tambahnya.

Justeru, mungkinkah wakil-wakil rakyat itu katanya, akan mengusulka­n Akta Lompat Parti dan Penyingkir­an di parlimen.

Hanim berkata, rakyat pasti dapat melihat sendiri bahawa Ahli Parlimen parti politik yang dipilih oleh mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu adalah ‘epal buruk’.

“Ia hanya untuk kepentinga­n mereka sendiri, mereka menunggu ‘pembeli’ yang menawar harga dan menjual kepentinga­n rakyat pada bilabila masa.

“Ibarat maksud hidup mati berada di tangan orang lain, perkara ini sungguh menyedihka­n,” tambah beliau lagi.

KUCHING: Golongan orang kurang upaya (OKU) di kawasan luar bandar dan pedalaman sering terabai, namun tidak begitu bagi golongan itu di 22 kampung di daerah Padawan dekat sini.

Semua itu hasil usaha dilakukan pertubuhan bukan kerajaan, Habitat for Indigenous and Urban Programme (HIDUP), yang telah menubuhkan pusat pemulihan dalam komuniti (PPDK) Hidup Mesra Teng Bukap di Padawan bagi membantu golongan OKU di kawasan itu.

PPDK Hidup Mesra Teng Bukap, terletak kira-kira 60km dari Kuching, kini beroperasi di premis sementara untuk menyediaka­n kemudahan terapi kepada 42 pelatih sehingga ia mempunyai bangunan sendiri yang terletak berdekatan dan sedang diubah suai.

Pengerusin­ya George Young Si Ricord Junior berkata Klinik Kesihatan Teng Bukap memberikan perkhidmat­an kepada penduduk di 22 kampung sekitar dan kalangan OKU akan dihantar ke PPDK Hidup Mesra Teng Bukap untuk menjalani pelbagai program terapi.

Didaftarka­n pada 2018, beliau berkata HIDUP mahu memupuk semangat memberi dan mewujudkan kesedaran untuk mengubah cara hidup dan jiwa para penerima kemudahan itu.

“Objektif utama HIDUP adalah membantu meningkatk­an taraf kehidupan masyarakat peribumi dan golongan miskin bandar menerusi penyumbera­n buruh dan/ atau menghulurk­an bantuan kewangan dan membantu golongan kurang berkemampu­an tanpa mengira kaum, kepercayaa­n atau pegangan agama,” katanya.

George berkata pusat itu kini mempunyai 42 pelatih berdaftar terdiri daripada golongan lembam, masalah pertuturan, sindrom Down, autisme, cerebral palsy dan kurang upaya yang lain.

Beliau menjelaska­n pusat itu menyediaka­n pelbagai program pemulihan dan aktiviti termasuk simulasi sistem saraf, terapi fizikal dan senaman, terapi pekerjaan, kemahiran “rudimentar­y motor”, perkembang­an kognitif, muzik dan pergerakan dan banyak lagi program seumpama itu untuk meningkatk­an kemahiran hidup harian mereka.

Mengenai pusat baharu, beliau berkata pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabka­n kerja ubah suai tergendala.

Beliau berkata kerja ubah suai bangunan usang itu yang bermula tahun lepas sudah 85 peratus siap dan dijangka siap tidak lama lagi.

Beliau berkata kos ubah suai dianggarka­nantaraRM1­00,000 hinggaRM12­0,000danmere­ka menerimasu­mbangandar­ipada pelbagai pihak bagi projek itu, dengan Church of Early Days Saint dan Kiwanis Internatio­nal Club merupakan penyumbang utama.

Sehubungan itu, George berharap orang ramai, sektor korporat tempatan dan agensi kerajaan akan menyumbang untuk membiayai projek ubah suai itu dan untuk membeli kemudahan yang diperlukan pusat itu.

Mengenai program di masa depan, beliau berkata perkara itu masih belum diputuskan disebabkan PKP Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa dan menurutnya pihaknya merancang untuk menganjurk­an ceramah dengan NGO lain berhubung kesan perintah itu terhadap kanak-kanak, ibu bapa, isu kemurungan dan lain-lain lagi.

Semasa PKP, HIDUP turut memainkan peranan dengan menyumbang­kan bantuan makanan kepada kumpulan sasar.

Aktiviti HIDUP boleh diikuti di laman Facebook di ppdkhm teng bukap, dan mereka boleh dihubungi di talian 0111899052­8/0111858052­8. — Bernama

 ??  ?? HANIM
HANIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia