Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Sri Aman jalankan operasi sanitasi awam di dua lokasi

-

MIRI: Seorang pengurus projek warga British meninggal dunia ketika sedang menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari di sebuah hotel di sini pada petang 12 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah mengesahka­n perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n lewat malam Isnin lalu.

Katanya, si mati yang dikenali sebagai Thomas Holmes, 48, disahkan meninggal dunia sekitar jam 3.30 petang, 12 Jun lalu ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Miri.

Terdahulu kata Lim, sekitar jam 4.49 petang kelmarin, seorang pengurus syarikat tempat si mati bekerja di sini telah membuat laporan polis berhubung kematian kakitangan­nya.

Dalam aduannya, pengurus syarikat berusia 40 tahun itu mendakwa sekitar jam 11 pagi 13 Jun lalu, beliau telah dimaklumka­n tentang kematian si mati oleh pihak pengurusan syarikat dari pejabat mereka di Kuala Lumpur.

Semasa kematian katanya, si mati sedang menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari di sebuah hotel di sini.

“Si mati yang bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat swasta di sini telah datang ke Miri dari Kuala Lumpur pada 4 Jun lalu atas urusan tugas.

“Setibanya di sini, beliau telah ditempatka­n di sebuah hotel di sini untuk menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari,” ujar beliau lanjut.

Menurut Lim lagi, si mati telah dikejarkan ke Hospital Miri dengan menaiki ambulans setelah mengadu tidak sihat kepada anggota perubatan dari sebuah syarikat minyak dan gas yang turut berada di hotel sama.

Berikutan itu katanya, pihak hospital telah melakukan ujian calit COVID-19 ke atas si mati pada tarikh kematianny­a dan hasil ujian menunjukka­n kesan negatif.

“Mayat si mati kini masih ditempatka­n di rumah mayat Hospital Miri untuk menunggu proses bedah siasat yang dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” ujar beliau.

SRI AMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman telah mengadakan sanitasi awam atau operasi disinfeksi di Rumah Seri Kenangan Sibu dan Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol dekat sini, semalam.

Operasi berkenaan diketuai Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba (PBK) l Bangga Baie di mana kerja-kerja disinfeksi menumpukan kepada ruang pejabat, bilik mesyuarat, asrama orang tua dan asrama kanak-kanak, dewan, surau, berek, kuarters dan sekeliling bangunan.

Operasi turut membabitka­n seorang pegawai kanan serta sembilan anggota.

Antara lain tujuan proses sanitasi dan disinfeksi ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan tersebut bersih dan terhindar daripada kuman memandangk­an premis kerajaan pada ketika ini telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Untuk operasi ini, kaedah yang digunakan ialah dengan penyembura­n berupa campuran air dan cecair peluntur berserta dengan lapan jenis bahan kimia tertentu dengan teknik semburan secara manual.

“Setelah selesai menjalanka­n operasi, kesemua petugas melalui proses sanitasi dengan menggunaka­n ‘Portable Decon’ unit Hazmat bagi memastikan keselamata­n dan kebersihan mereka, selain memastikan operasi pada hari ini tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” ujar jurucakap JBPM Sri Aman selesai operasi berkenaan.

Turut serta Penguasa Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Nik Afiq Nik Roslan.

 ??  ?? CEGAH KUMAN: Anggota JBPM Sri Aman melakukan sanitasi di Pejabat Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman semalam.
CEGAH KUMAN: Anggota JBPM Sri Aman melakukan sanitasi di Pejabat Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia