Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam lega dan bersyukur boleh solat berjemaah lebih ramai di masjid

- Sumbangan Mohd Bohari

UMUMNYA umat Islam di bandar raya Kuching berasa lega dan teruja pada Jumaat, 19 Jun yang lalu kerana sudah boleh solat berjemaah dengan bilangan lebih ramai di masjid berbanding semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) COVID-19.

Umat Islam amat bersyukur setelah beberapa bulan tidak solat Jumaat berjemaah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID19 berkuat kuasa bermula 18 Mac lalu.

Solat Jumaat berjemaah amat penting bagi umat Islam. Di samping beribadah pada Allah ia juga sebagai hari pertemuan antara umat Islam demi mengeratka­n tali silaturahi­m dalam kalangan mereka.

Berdasarka­n tinjauan di beberapa buah masjid di Kuching, umat Islam mematuhi SOP dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan kerajaan ketika menunaikan ibadah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia