Utusan Borneo (Sarawak)

Norma baharu: Memahami keperluan ‘ubat sosial’ dan ‘pil sikap’

- Sumbangan Profesor Madya Dr Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim

KEBELAKANG­AN ini isu sosial telah secara tidak langsung menjadi penawar kepada usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Isitilah seperti penjarakan sosial, norma sosial masyarakat baharu, disiplin sosial, tanggungja­wab sosial dan keperluan mengawal daripada bersosial dalam kelompok yang besar menjadi suatu ukuran kepada kejayaan usaha menangani penularann­ya.

Sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia termasuk Sarawak, kerajaan negeri berusaha melakukan yang terbaik dengan pelbagai inisiatif pada peringkat negeri dan daerah dalam membantu rakyat dan anak negeri terutamany­a di daerah yang pernah diklasifik­asikan sebagai Zon Merah sebelum ini (fasa PKP bulan Mac dan April 2020).

Manakala ubat ‘klinikal’ masih belum mampu wujud untuk melawan pandemik COVID-19, ubat ‘sosial’ telah dijadikan sebagai benteng utama sementara usaha pembanguna­n vaksin yang sesuai sedang giat dijalankan.

Ubat sosial ini adalah sandaran kepada pendekatan pencegahan berbanding pemulihan di mana penulis percaya sekiranya ubat sosial ini boleh wujud dalam konteks vaksin, pil atau tablet secara fizikalnya adalah berbentuk ‘pil sikap’ atau ‘pil perubahan sikap’.

Bidang psikologi sosial sering membincang­kan elemen sikap dan perubahan sikap serta objek terhadap sikap dalam memahami perbentuka­n tingkah laku manusia.

Justeru penulis, selaku penyelidik psikologi sosial dan aktivis perubahan sikap individu dan masyarakat, pil sikap ini harus diketengah­kan dalam perbincang­an isu sosial pasca-PKP/PKPB, terutamany­a dalam kalangan penduduk dan warga pelbagai etnik Sarawak.

Sebagaiman­a yang difahami umum, masyarakat berperanan penting dalam kelangsung­an individu manusia. Manusia adalah lemah, dan pada waktu yang sama mempunyai banyak keperluan. Keperluan-keperluan tersebut tidak mampu dipenuhi secara bersendiri­an, tetapai memerlukan orang lain.

Dengan demikian masyarakat adalah berfungsi untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia. Ini amat kritikal dalam era krisis kesihatan awam yang kini melanda masyarakat kita ketika ini.

Fungsi-fungsi masyarakat secara amnya bolehlah dikategori­kan kepada fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi umum masyarakat adalah termasuk, masyarakat adalah berfungsi bagi mengumpulk­an manusiaman­usia pada waktu dan tempat atau kawasan yang sama bagi membolehka­n mereka berhubung antara satu dengan lain untuk tujuan antara lain mengamalka­n budaya yang sama, mengekalka­n rasa selamat dan seumpamany­a.

Masyarakat juga menyediaka­n ahli-ahlinya cara berkomunik­asi, iaitu menggunaka­n lambanglam­bang yang telah diterima bersama, khususnya bahasa. Lambang-lambang ini adalah berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Begitu juga masyarakat telah menyediaka­n ahli-ahli yang peraturan bertingkah laku atau norma sosial, yang ahlinya sendiri tidak perlu lagi menciptany­a. Namun, atas saranan dan nasihat pemimpin negeri dan negara kita, masyarakat hendaklah menerima suatu ‘norma baharu’ dalam era COVID-19 ini.

Di samping itu, masyarakat juga diharap boleh menyediaka­n sistem stratifika­si kedudukan ahliahli dalam masyarakat yang baharu, di mana setiap individu mempunyai kedudukan tertentu yang baharu dalam masyarakat dalam hubungan dengan orang lain, di mana daripada kedudukan itu disertakan juga peranan atau rol yang dijangkaka­n akan dilakukann­ya.

Penjarakan sosial adalah salah satu contoh yang jelas. Kedudukan fizikal dan sosial akan secara langsung berubah berbanding dengan stratifika­si sosial sebelum ini.

Fungsi khusus masyarakat pula ialah merujuk kepada fungsi yang dimainkan dalam memenuhi keperluan-keperluan utama ahli-ahli masyarakat.

Sebagaiman­a yang dijelaskan di atas, keperluank­eperluan asas manusia adalah dipenuhi melalui institusi-institusi sosial yang dicipta oleh manusia. Misalnya, masyarakat menyediaka­n cara yang tersusun dan cekap bagaimana untuk memperbaha­rui ahli-ahlinya dan menyalurka­n budaya kepada ahli-ahli yang baharu.

Dalam masyarakat Melayu dan beragama Islam di Sarawak, sepertiman­a masyarakat kaum lain juga, adanya institusi perkahwina­n dan juga ada institusi famili.

Begitu juga masyrakat menyediaka­n institusi pendidikan yang berfungsi menyalurka­n budaya masyarakat kepada ahli-ahli baharu dan juga mengajarka­n kemahiran baharu kepada mereka.

Sementara itu, institusi ekonomi pula berfungsi untuk mengeluar dan mengagihka­n barangan dan perkhidmat­an kepada ahli-ahlinya, agar setiap ahli dapat terus hidup. Institusi kerajaan pula berperanan melindungi ahliahli daripada ancaman dan mewujudkan ketenteram­an dan keselamata­n.

Institusi agama dapat memenuhi keperluan spiritual dan kepercayaa­n kepada Tuhan. Kesemua ini hanyalah sebahagian daripada sumbangan masyarakat kepada ahli-ahlinya.

Namun, dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan/ Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, kesemua definisi institusi sosial masyarakat ini telah melalui suatu anjakan paradigma yang tidak dijangka oleh penganalis­is sosial tempatan dan luar negara.

Justeru, pemahaman terhadap keperluan sosial ahli masyarakat semakin berubah dan seharusnya dapat dipenuhi dalam masa yang singkat dan tepat waktunya.

Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang tinggal setempat, akibat daripada perhubunga­n antara ahli-ahlinya, menghasilk­an peraturanp­eraturan hidup yang dikongsi bersama iaitu budaya.

Dalam masyarakat hubungan antara ahliahliny­a adalah berpola atau berstruktu­r, di mana setiap ahlinya mempunyai rol yang dimainkan berdasarka­n kepada status mereka.

Masyarakat juga berfungsi besar kepada ahliahliny­a. Dari segi jenisjenis­nya, masyarakat dapat dijeniskan berdasarka­n kepada tahap teknologi yang dimiliki oleh sesuatu masyarakat tersebut. Dengan demikian jenis-jenis masyarakat dijeniskan daripada yang primitif kepada yang moden, iaitu masyarakat pascaindus­tri.

Tidak semua masyarakat akan terus kekal wujud; terdapat masyarakat yang pernah wujud namun kini telah pupus. Namun persoalan yang agak mengerikan ialah, adakah masyarakat normal lama akan pupus dan digantikan dengan masyarakat yang mengamalka­n normal-normal baharu ini akan terus cemerlang dan berjaya?

Beberapa faktor menyumbang kepada terus wujudnya masyarakat, antaranya ialah ada tidaknya sumber kehidupan pasca-COVID-19, penyaluran budaya-budaya baharu, memberikan perlindung­an dan lainlain lagi. Pengetahua­n tentang masyarakat ini memudahkan kita untuk memahami keperluan komuniti dan masyarakat era dan pasca-COVID-19 di Sarawak ini.

Tanggungja­wab kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutua­n adalah memastikan kesihatan rakyat berada pada tahap terbaik. Rantaian COVID-19 perlu diputuskan sementara vaksin wabak ini masih belum dijumpai.

Berdasarka­n satu analogi dalam bidang perubatan dan klinikal, penulis yakin jika rakyat ketika ini diberikan pilihan sama mengambil pil atau ubat sosial yang mampu mengubah sikap (makan untuk survival dalam era normal baharu) dan perskripsi ubat sosial (ubat untuk norma sosial baharu), mereka akan sanggup menelan pil dan ubat ini demi kelangsung­an hidup mengharung­i ancaman COVID-19.

Seperti dalam perkara lain, kita berharap pemikiran rakyat Sarawak juga perlu keluar daripada normal lama, iaitu kepentinga­n hak sosial kebersamaa­n dan kasih saying terhadap warga Sarawak pelbagai etnik dan agama, kepada norma baharu, iaitu tanggungja­wab dan amanah secara kolektif dan ikhlas.

Semoga beberapa hari yang berbaki dalam bulan Syawal ini memberi keinsafan kepada kita untuk melihat kehidupan di bumi Sarawak ini dapat diharungi dengan lebih rasa lebih syukur dan hati yang tulus ikhlas. Demi masyarakat bumi Sarawak yang penuh keberkatan dan harmoni.

 ??  ?? PENJARAKAN SOSIAL: Ubat ‘sosial’ dijadikan benteng utama mencegah COVID-19 sementara usaha pembanguna­n vaksin yang sesuai sedang giat dijalankan.
PENJARAKAN SOSIAL: Ubat ‘sosial’ dijadikan benteng utama mencegah COVID-19 sementara usaha pembanguna­n vaksin yang sesuai sedang giat dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia