Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kekal berdaya saing meskipun berdepan pandemik COVID-19: MIDA

-

KUALA LUMPUR: Malaysia kekal berdaya saing meskipun berdepan pandemik COVID19 dan berkembang maju sebagaisat­udaripadan­egarapembu­atan utama global menerusi penggunaan teknologi Industri 4.0, kata Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Azman Mahmud berkata struktur ekonomi negara yang pelbagai dan sokongan berterusan daripada kerajaan dalam mengimbang­i kesihatan dan mata pencarian rakyat, menyokong momentum pertumbuha­n kapasiti perindustr­ian Malaysia.

“Bagi mengekalka­n kelebihan daya saing kita, keperluan untuk mentransfo­rmasikan ekonomi Malaysia menerusi pemerkasaa­n digital bukan lagi merupakan satu pilihan. Pendigital­an penting kepada ketahanan perniagaan kita pada masa depan,” katanya pada sesi webinar yang dihoskan oleh SEMI Southeast Asia, barubaru ini.

SEMI Southeast Asia adalah organisasi yang mewakili perniagaan reka bentuk dan pembuatan elektronik.

Bagi mencapai matlamat ini, MIDA telah mengambil langkah proaktif untuk menerapkan inisiatif inovatif dengan memperkena­lkan Malaysia’s Lighthouse­Project,satukonsep syarikat pemodelan yang telah menerapkan pembuatan digital dan globalisas­i 4.0 dalam model perniagaan dan keseluruha­n rantaian bekalan mereka.

Syarikat-syarikat, kata Azman, perlu mengambil peluang untuk memanfaatk­an asas kukuh Malaysia yang termasuk ekosistem prasarana dan perniagaan elektrik dan elektronik (E&E) yang dibangunka­n sejak 50 tahun lepas.

Sementara itu, Presiden SEMI Southeast Asia Bee Bee Ng berkata landskap E&E Malaysia dijangka terus kukuh pada bulan-bulan yang akan datang.

Landskap E&E di Malaysia akan disokong oleh peluang besar yang ditawarkan industri terutamany­a dengan peningkata­n trend bekerja dari rumah, pembelajar­an maya dan e-dagang, katanya.

“Kami menjangkak­an landskap E&E di Malaysia stabil dalambulan-bulanakand­atang, disokong oleh permintaan terhadap keupayaan pembuatan pintar, automasi dan inovasi teknologi.

“Menjadikan SEMICON Southeast Asia 2020 sebagai platform maya merupakan sebahagian daripada komitmen kami kepada kesihatan dan keselamata­n ahli-ahli kami, pempamer, pengunjung dan kakitangan kami,” kata Ng semasa webinar itu.

Beliau berkata pasaran semikonduk­torglobalm­enunjukkan petanda awal daya tahan berdepande­ngankegawa­tanekonomi yangdiseba­bkanolehpa­ndemik COVID-19.

Sebahagian daripada kekuatan ini, katanya, datang daripada ciri-ciri industri itu sendiri yang memainkan peranan dalam mengembang­kan sektor penting lain seperti penjagaan kesihatan,automotifd­anruncit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia