Utusan Borneo (Sarawak)

Najib akan kemuka permohonan agar dilepaskan daripada pertuduhan pinda laporan audit 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukak­an permohonan agar beliau dilepaskan daripada pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumka­n Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan bahawa pembelaan berhasrat mengemukak­an permohonan itu atas alasan pertuduhan terhadap Najib adalah tidak berasas.

Beliau berkata pertuduhan pindaan yang dicadangka­n pendakwaan juga membawa kepada implikasi yang serius terhadap kes pembelaan.

“Semalam (kelmarin) saya telah mengemukak­an beberapa soalan kepada saksi pendakwaan (keempat iaitu bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa). Kami akan pertimbang­kan sama ada akan mengemukak­an permohonan itu hari ini (semalam) atau pada pendengara­n seterusnya atas alasan pertuduhan itu adalah tidak berasas dan Yang Arif harus membebaska­n anak guam saya.

“(Ini kerana) jika pindaan (terhadap laporan audit 1MDB) dilakukan sebelum ia dimuktamad­kan sebagaiman­a yang dinyatakan dalam pertuduhan, maka tidak ada kesalahan dilakukan. Oleh itu, pindaan ini (yang dicadangka­n pendakwaan) akan menukar kedudukan kes secara mendadak.

“Oleh itu, saya akan memaklumka­n perkara ini kepada anak guam saya dan akan menerima arahan penuh daripada beliau. Yang Arif perlu memutuskan isu ini sebelum kita meneruskan perbicaraa­n kerana jika tidak, perkara ini adalah tidak adil kepada anak guam saya,” katanya ketika membantah pertuduhan pindaan yang dicadangka­n pendakwaan.

Najib, 67, berdepan pertuduhan menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n agar pindaan dilakukan ke atas laporan akhir audit 1MDB sebelum ia dimuktamad dan dibentang kepada Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadap beliau manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu dalam usaha melindungi bekas perdana menteri tersebut daripada diambil tindakan.

Mereka didakwa mengikut Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntu­kkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda amaun rasuah atau RM10,000 berdasarka­n mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram

Gharib memaklumka­n mahkamah bahawa pendakwaan berhasrat mengemukak­an dua pertuduhan pindaan terhadap Najib dan ArulKandas­ertamemint­aagar kedua-duanya ditandakan dan dibaca kepada mereka.

Bagaimanap­un,pertuduhan pindaan yang dicadangka­n itu tidak dibacakan kepada kedua-dua tertuduh.

Muhammad Shafee juga berkata perbezaan yang terdapat dalam pertuduhan pindaan yang dicadangka­n pendakwaan ialah ayat “dengan cara mengambil tindakan mengarahka­n laporan pengaudita­n 1MDB yang telah dimuktamad­kan.”

“Sebelum ini, ayatnya ialah ‘yang sedang disediakan’, kini (dalam pertuduhan pindaan yang dicadangka­n) ayatnya ialah ‘yang telah dimuktamad­kan,’ oleh itu terdapat perbezaan yang ketara,” katanya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutua­n yang mengetuai pendakwaan iaitu Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pembelaan seharusnya memfokus kepada kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata berdasarka­n keterangan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) Datuk Nor Salwani Muhammad dan bekas Pengarah JAN Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, kes pendakwaan amat logik.

“Kami tidak mengemukak­an sesuatu yang baharu kepada pembelaan. Jadi, bagi kami tidak ada isu besar berhubung pertuduhan itu,” katanya.

Mohamed Zaini berkata beliau akan memberikan masa kepada kedua-dua pihak untuk menyediaka­n hujahan berhubung perkara itu dan menetapkan 24 Jun sebagai tarikh pendengara­n hujah.

Beliau turut mengosongk­an tarikh perbicaraa­n bagi semalam dan hari ini serta menetapkan tarikh perbicaraa­n seterusnya yang bermula 12 Oktober hingga 16 Oktober dan 7 Disember hingga 10 Disember. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERBICARAA­N: Najib hadir bagi perbicaraa­n kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERBICARAA­N: Najib hadir bagi perbicaraa­n kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia