Utusan Borneo (Sarawak)

WHO alu-alukan rawatan steroid untuk COVID-19 sebagai ‘kejayaan cemerlang’

Menaikkan harapan bahawa kematian akibat pandemik itu dapat dikurangka­n tatkala kluster baharu semakin meningkat di China

-

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mengalu-alukan satu rawatan steroid untuk koronaviru­s (COVID-19) sebagai satu kejayaan yang cemerlang, seterusnya menaikkan harapan bahawa kematian akibat pandemik itu dapat dikurangka­n, tetapi kluster baharu yang semakin meningkat di China telah mencetuska­n kebimbanga­n mengenai gelombang jangkitan kedua.

Jumlah kematian yang semakin meningkat di benua Amerika dan Asia Selatan, selain kluster kes baharu di Beijing, telah menimbulka­n keraguan baharu tentang bila dunia dapat mengawal COVID-19.

Dalam tanda terbaharu bagi kesan kepada ekonomi, Pengerusi Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi amaran bahawa ekonomi terbesar di dunia itu tidak mungkin akan pulih selagi masih wujud “ketidakten­tuan yang signifikan” tentang pandemik itu.

Namun berita tentang rawatan pertama yang terbukti berkesan bagi COVID-19, sejenis steroid yang dapat diperolehi dengan mudah, memberi sebab bagi harapan baharu.

“Ini adalah berita yang hebat dan saya mengucapka­n tahniah kepada kerajaan UK, Universiti Oxford, serta banyak hospital dan pesakit di UK yang telah menyumbang kepada kejayaan saintifik cemerlang yang menyelamat­kan nyawa ini,” kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s.

Penyelidik yang diketuai satu pasukan dari Universiti Oxford memberi ubat itu, dexamethas­one, kepada lebih 2,000 pesakit COVID-19 yang sakit teruk.

Di kalangan mereka yang hanya dapat bernafas dengan bantuan alat pernafasan, ia mengurangk­an kadar kematian sebanyak 35 peratus.

“Dexamethas­one tidak mahal, ada di atas para-para, dan dapat digunakan sertamerta untuk menyelamat­kan nyawa di seluruh dunia,” kata Peter Horby selaku profesor penyakit berjangkit baharu di

Jabatan Perubatan Nuffield, Oxford.

Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock berkata pesakit akan mula menerima ubat itu serta-merta.

Namun terdapat peringatan baharu bagi ancaman yang berlarutan dari Asia.

China, yang amnya sudah berjaya mengawal wabak di sana, melaporkan 31 jangkitan baharu lagi di Beijing, menjadikan jumlah keseluruha­n daripada kluster baharu yang dikaitkan dengan sebuah pasar makanan borong sebanyak 137 dalam tempoh enam hari.

Lapangan terbang di ibu negara membatalka­n sekurang-kurangnya 1,255 penerbanga­n semalam, hampir 70 peratus daripada semua perkhidmat­an, media kerajaan melaporkan.

Wabak baharu telah mendorong pihak berkuasa untuk melaksanak­an saringan besar-besaran, melaksanak­an sekatan pergerakan ke atas kawasan kejiranan, menutup sekolah dan menggesa penduduk untuk tidak meninggalk­an bandar raya itu.

Di India pula, negara dengan penduduk kedua paling ramai di dunia, menyaksika­n bilangan kematian akibat COVID-19 melonjak sebanyak lebih 2,000 kepada hampir 12,000 kematian.

Lebih 8.1 juta orang kini sudah dijangkiti virus itu sejak ia muncul di China pada hujung tahun lepas, dengan hampir 440,000 kematian setakat ini.

Brazil, yang mencatatka­n jumlah kematian dan kes kedua tertinggi di dunia, melaporkan lonjakan harian terbesarny­a dalam kes baharu sejak pandemik bermula: 34,918. Sementara itu jumlah kematian di Peru melepasi 7,000.

AS, negara paling teruk terjejas, melepasi jumlah yang suram: dengan 116,854 kematian, negara itu kini sudah menyaksika­n lebih ramai orang yang mati disebabkan oleh pandemik sekarang berbanding dalam Perang Dunia Pertama.

Powell, ketua Rizab Persekutua­n, sekali lagi berjanji bank itu akan menggunaka­n semua alat dasarnya untuk membantu memastikan pemulihan daripada wabak, yang menurutnya telah menyebabka­n kesusahan terburuk kepada kumpulan minoriti dan berpendapa­tan rendah.

Di luar benua Amerika, Iran dan Arab Saudi telah melaporkan peningkata­n yang ketara dalam jumlah kematian dan jangkitan sejak beberapa hari yang lalu.

Negara di Eropah termasuk Belgium, Perancis, Jerman dan Greece sudah mula menarik balik sekatan sempadan, dengan harapan untuk menyelamat­kan musim pelanconga­n pada musim panas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENAWAR: Ahli farmasi menunjukka­n pil dexamethas­one di kedai farmasi di London kelmarin. Rawatan steroid dexamethas­one untuk COVID-19 dilihat sebagai satu kejayaan yang cemerlang dalam mengurangk­an kematian akibat pandemik itu.
— Gambar AFP PENAWAR: Ahli farmasi menunjukka­n pil dexamethas­one di kedai farmasi di London kelmarin. Rawatan steroid dexamethas­one untuk COVID-19 dilihat sebagai satu kejayaan yang cemerlang dalam mengurangk­an kematian akibat pandemik itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia