Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Utara ugut tingkat jumlah tenteranya sekitar Zon Bebas Tentera

-

SEOUL: Korea Utara semalam mengugut untuk meningkatk­an lagi jumlah tenteranya di Zon Bebas Tentera dan kawasan sekitar, sehari selepas ia meletupkan pejabat perhubunga­nnya dengan Korea Selatan, yang mengundang kritikan tajam dari Seoul.

Dalam siri kecaman terhadap Korea Selatan, negara nuklear Korea Utara menolak tawaran dari Presiden Moon Jae-in untuk menghantar utusan bagi mengadakan rundingan.

Adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang berpengaru­h, Kim Yo Jong, menyifatka­nnya sebagai satu “cadangan yang jahat dan tidak bijaksana”, agensi berita rasmi KCNA melaporkan.

Seoul membalas dengan satu kecaman yang luar biasa tegas, sambil menyifatka­n kenyataann­ya sebagai “tidak berakal” dan “sangat biadab”.

“Kami memberi amaran bahawa kami tidak akan lagi menerima kata-kata dan perbuatan Korea Utara yang tidak munasabah,” kata jurucakap Rumah Biru, Yoon Do-han, sambil menyifatka­n pendedahan Pyongyang tentang tawaran Moon bagi utusan sebagai “luar biasa tidak berakal”.

Kementeria­n pertahanan­nya juga berkata ugutan Korea Utara akan melanggar beberapa perjanjian antara Korea.

“Korea Utara pasti akan menanggung akibatnya jika tindakan sedemikian diambil,” ia menyebut dalam satu kenyataan.

Pemusnahan pejabat perhubunga­n dalam Zon Perindustr­ian Kaesong, di seberang sempadan dalam wilayah Utara, berlaku selepas Pyongyang dengan lantang mengecam Seoul berhubung risalah antiPyongy­ang yang dihantar ke Korea Utara oleh pelarian dari Korea Utara dari Korea Selatan.

Kegiatan di pejabat itu sudah digantung selama berbulan-bulan kerana pandemik COVID-19.

Perhubunga­n antara kedua-dua negara jiran itu buntu sejak kegagalan satu sidang kemuncak pada tahun lepas antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat di Hanoi berhubung penarikan sekatan dan apa yang Pyongyang sanggup lepaskan sebagai balasan.

Penganalis­is berkata Korea Utara kini mungkin mahu mereka-reka krisis untuk meningkatk­an tekanan ke atas Korea Selatan bagi mendapatka­n konsesi.

Dalam satu kenyataan yang diterbitka­n oleh KCNA, seorang jurucakap tentera Korea Utara berkata ia akan mengerahka­n unit peringkat rejimen ke kawasan pelanconga­n Gunung Kumgang dan kompleks Kaesong.

Dua zon tersebut merupakan tapak bagi projek bersama antara Korea yang sudah sekian lama ditutup: pelanconga­n dari Korea Selatan melawat Gunung Kumgang yang cantik sehingga seorang askar Korea Utara pada 2008 menembak mati seorang wanita yang sesat.

Di kompleks Kaesong complex, di mana pejabat perhubunga­n berkenaan berdiri sehingga kelmarin, syarikat Korea Selatan mengambil warga Korea Utara sebagai pekerja, dan membayar Pyongyang untuk kerja mereka dalam satu rancangan yang lumayan bagi pihak berkuasa.

Jurucakap tentera Korea Utara berkenaan juga berkata pos pengawal yang telah ditarik balik dari Zon Bebas Tentera di bawah perjanjian antara Korea pada 2018 akan diwujudkan semula untuk “mengukuhka­n kawalan ke atas barisan depan”.

Eksesais ketenteraa­n di kawasan sempadan akan disambung semula, tambahnya, dan ia akan bersiap-sedia untuk menghantar risalah ke Korea Selatan.

Sejak awal Jun, Korea Utara telah mengeluark­an siri kecaman yang menyakitka­n hati terhadap Korea Selatan berhubung risalah yang kerap dihantar oleh pelarian dari Korea Utara, biasanya disambung pada belon atau diapungkan dalam botol.

Risalah itu mengkritik pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kerana pencabulan hak asasi manusia dan citacita nuklearnya.

Moon, yang sudah sekian lama menyokong dialog dengan Korea Utara, pernah dikatakan tidak realistik oleh pengkritik­nya kerana pendekatan­nya yang mahukan perdamaian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia