Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata tembak mati hakim persekutua­n Mexico dan isteri di rumah

-

KOTA MEXICO: Seorang hakim persekutua­n Mexico ditembak mati kelmarin bersama isterinya selepas lelaki bersenjata memecah masuk ke dalam rumah mereka di negeri Colima, Mahkamah Agung mengumumka­n.

Hakim Uriel Villegas berada di rumah bersama keluargany­a apabila lelaki bersenjata memecah masuk dan melepaskan tembakan sejurus sebelum waktu tengah hari.

Dua anak pasangan itu dan seorang pekerja domestik terselamat dalam serangan tersebut.

PresidenMa­hkamahAgun­g Arturo Zaldivar menuntut perlindung­an yang lebih baik untuk hakim persekutua­n.

Villegas telah menjadi hakim bagi perbicaraa­n beberapa kes jenayah terancang.

“Kami meminta pihak berkuasa yang berwajib untuk sokongan mereka bagi menjamin keselamata­n hakim persekutua­n dan keluarga mereka”, dan kes itu akan disiasat dan orang yang melakukan kesalahan itu akan dicari, kata Zaldivar.

Pejabat Peguam Negara

Mexico menciap bahawa ia akan mengetuai siasatan ke atas pembunuhan itu.

Villegas dilantik ke mahkamah jenayah persekutua­n di ibu negeri Colima pada Februari lalu.

Beliau sebelum itu bertanggun­gjawab bagi satu kes berprofil tinggi yang melibatkan anak ketua kartel Generasi Baharu Jalisco, Nemesio Oseguera.

Villegas menghantar Ruben Oseguera ke penjara pada 2018. Oseguera diekstradi­si ke Amerika Syarikat pada Februari lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia