Utusan Borneo (Sarawak)

20 askar India maut dalam pertelingk­ahan ‘tangan-lawan-tangan’ dengan tentera China

-

NEW DELHI: Seramai 20 askar India maut dalam pertelingk­ahan “tangan-lawan-tangan” dengan tentera China di sebuah wilayah Himalaya yang menjadi rebutan, kata tentera India, pertikaian berdarah pertama antara dua kuasa nuklear itu selepas beberapa dekad.

Kedua-dua pihak menyalahka­n satu sama lain bagi keganasan pada Isnin lepas, yang menyusuli ketegangan yang meruncing selama berminggu-minggu berhubung tuntutan wilayah, dengan ribuan anggota tentera tambahan dikerahkan.

Pertikaian itu dilaporkan melibatkan pertelingk­ahan yang sengit dan tanpa tembakan senjata, selari dengan taktik sekian lama untuk mengelak pertempura­n ketenteraa­n besar-besaran berhubung sempadan sepanjang 3,500 kilometer yang menjadi rebutan.

Sumber tentera India memberitah­u AFP, tiada tembakan yang dibuat tetapi “pergelutan tangan-lawanlawan yang ganas” telah berlaku.

Pertelingk­ahan berlaku di kawasan berbatu yang curam di Lembah Galwan yang penting dari segi strategi dan terletak di antara Tibet, China, dengan Ladakh, India.

Askar-askar terbabit bertumbuk dan melontar batu ke arah satu sama lain, dan anggota tentera China didakwa menyerang askar India dengan batang besi dan belantan berpaku dalam pertelingk­ahan lebih enam jam, akhbar Hindustan Times melaporkan.

India pada mulanya berkata tiga anggota tentera mereka maut, dan “kematian berlaku di kedua-dua pihak”.

Namun dalam satu kenyataan lewat kelmarin, angkatan tentera menambah 17 lagi yang cedera parah “terdedah kepada suhu bawah sifar, dan mereka meninggal dunia disebabkan oleh kecederaan yang mereka alami”.

Kementeria­n pertahanan China mengesahka­n insiden itu telah menyebabka­n kematian tetapi tidak memberikan kerakyatan mangsa atau sebarang maklumat lain.

Kedua-dua pihak memberi versi yang bercanggah mengenai keganasan yang berlaku.

Beijing mendakwa tentera

India “melintasi garisan sempadan sebanyak dua kali, seterusnya menimbulka­n kemarahan dan menyerang kakitangan China, yang menyebabka­n konfrontas­i fizikal yang serius dantara tentera sempadan dari kedua-dua pihak”.

Namun jurucakap kementeria­n luar India Anurag Srivastava berkata pertelingk­ahan berlaku disebabkan oleh “cubaan pihak China untuk secara sehala mengubah status quo” di sempadan.

Sementara insiden itu mendominas­i media India yang bebas, media yang dikawal oleh kerajaan di China tidak memandang serius atau tidak mempedulik­annya, selari dengan respons terbuka Beijing yang tidak menonjol.

Siaran berita malam CCTV yang ditonton ramai tidak menyebut tentang konfrontas­i di sempadan itu kelmarin.

“China tidak mahu mengubah isu sempadan dengan India menjadi satu konfrontas­i,” akhbar Global Times, sebuah tabloid nasionalis China menyebut dalam satu tulisan pengarang semalam, tetapi ia mengecam India kerana “bongkak dan semberono”.

Amerika Syarikat, yang telah mempunyai hubungan yang semakin tegang dengan China, tetapi melihat India sebagai sekutu baharu, berkata ia mengharapk­an “penyelesai­an yang aman”, dan ia sedang memantau keadaan dengan dekat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru kepada kedua-dua pihak untuk “mengamalka­n kesabaran yang maksimum”.

India dan China malah tidak pernah menyetujui jarak sempadan “Garisan Kawalan Sebenar” mereka, dan setiap pihak menggunaka­n cadangan sempadan berlainan yang dibuat oleh Britain kepada China pada abad ke-19 untuk menyokong tuntutan mereka.

Mereka pernah berperang seketika pada 1962 di mana China merampas wilayah dari India.

Pertelingk­ahan berdarah selanjutny­a menyusul pada 1967, tetapi tembakan terakhir yang dilepaskan dengan marah adalah pada 1975, apabila empat askar India diserang hendap dan dibunuh di sepanjang garisan pemisah berkenaan di Arunachal Pradesh.

Pada 2017, pertelingk­ahan selama 72 hari berlaku selepas tentera China memasuki dataran Doklam yang menjadi rebutan di sempadan ChinaIndia-Bhutan.

Ketegangan yang meningkat baru-baru ini bermula pada 9 Mei lalu, apabila beberapa askar India dan China cedera dalam pertelingk­ahan melibatkan kejadian tumbuk-menumbuk dan melontar batu di Naku La dalam negeri Sikkim, India, yang bersempada­n dengan Bhutan, Nepal dan China.

China berkata pada minggu lepas bahawa ia sudah mencapai “konsensus positif” dengan India dalam usaha untuk meredakan ketegangan di sempadan, manakala New Delhi turut bernada damai.

Bagaimanap­un sumber India dan laporan berita membayangk­an tentera China masih berada di beberapa bahagian di Lembah Galwan dan di pantai utara tasik Pangong Tso yang ia duduki sejak beberapa minggu lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia