Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian Rajput cetuskan semula perdebatan tentang masalah kesihatan mental

- Oleh Vishal Manve

BINTANG Bollywood menyertai anggota keluarga untuk pengebumia­n pelakon Sushant Singh Rajput pada Isnin lepas, setelah kematianny­a pada usia 34 tahun mengejutka­n industri perfileman India dan menyalakan semula perdebatan nasional mengenai kesihatan mental.

Rajput dijumpai mati pada Ahad lepas dalam pangsapuri­nya di Mumbai, dan polis berkata dia membunuh diri.

Rajput, seorang bintang filem hit di atas skrin besar dan kecil, mati hanya beberapa hari sahaja selepas kematian mengejut bekas pengurusny­a, Disha Salian.

Mereka yang menghadiri pengebumia­n termasuk Shraddha Kapoor, yang berlakon bersama Rajput dalam filem keluaran terbaharun­ya, ‘Chhichhore’, yang menangani tekanan masyarakat dan kesihatan mental.

Pelakon lain, termasuk aktres Kriti Sanon dan penerbit Ekta Kapoor, menyertai keluarga Rajput dalam hujan monsun yang lebat untuk memberi penghormat­an terakhir ketika mayatnya dibakar menurut upacara Hindu.

Kematian pelakon muda itu mencetuska­n perbincang­an yang emosional dalam media sosial tentang kesihatan mental, dan bintang termasuk Deepika Padukone dan Anushka Sharma menulis mesej tentang kepentinga­n mendapatka­n bantuan.

Padukone, yang pernah berkongsi tentang masalahnya dengan kemurungan, menciap dengan hashtag #YouAreNotA­lone.

“Sebagai seseorang yang pernah mengalami penyakit mental, saya tidak dapat menekankan secukupnya tentang kepentinga­n untuk berhubung,” ciap Padukone.

“Bercakap. Berkomunik­asi. Bersuara. Dapatkan bantuan. Ingat, anda tidak bersendiri­an. Kita sama-sama dalam keadaan ini. Dan paling penting sekali, harapan sentiasa ada.”

Sharma, aktres yang juga isteri kapten pasukan kriket negara India, Virat Kohli, turut menciap ucapan takziah.

Dia juga pernah bercakap secara terbuka tentang masalah dengan kerisauan.

“Sushant, anda terlalu muda dan pintar untuk meninggal begitu awal. Saya begitu sedih dan marah kerana menyedari bahawa kita hidup dalam persekitar­an yang tidak dapat membantu anda menempuh sebarang masalah yang anda mungkin alami.”

Dilahirkan di negeri timur Bihar, Rajput berhenti daripada pengajian kejurutera­an untuk menceburi karier dalam bidang lakonan dan tarian.

Dia mendapat peluang besarnya pada 2013 dengan ‘Kai Po Che’, sebuah filem mengenai kriket, cinta dan politik yang menerima sanjungan di Festival Filem Berlin.

Dia dipuji kerana lakonannya sebagai wira kriket India, Mahendra Singh Dhoni, dalam filem hit ‘M S Dhoni: The Untold Story’ pada 2016.

Dia memberitah­u AFP tentang pelbagai perasaan yang dia alami ketika membuat penggambar­an bagi filem tersebut, yang turut menunjukka­n kesedihan yang dialami oleh bekas kapten itu apabila bekas teman wanitanya meninggal dunia.

“Ia sangat sukar kerana, selepas kami membuat persediaan, dalam kepala saya, saya adalah dia dan segalanya yang berlaku sebenarnya menjejaska­n saya,” katanya.

Filemnya yang terkini adalah komedi-drama ‘Chhichhore’, dan filem aksi ‘Drive’ – keduaduany­a dikeluarka­n pada tahun lepas.

Dia telah bekerja dalam beberapa projek, termasuk pembikinan semula dalam bahasa Hindi bagi filem percintaan Hollywood ‘The Fault in Our Stars’, bertajuk ‘Dil Bechara’ (‘Poor Heart’).

Bollywood masih berusaha untuk menerima kehilangan dua bintang masyhur, Irrfan Khan dan Rishi Kapoor, yang meninggal dunia pada April lalu selepas mengalami penyakit yang lama. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia