Utusan Borneo (Sarawak)

PKPP: 52 kompaun dikeluarka­n ingkar SOP

Antara kesalahan dilakukan adalah premis beroperasi melebihi had waktu dibenarkan

-

Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi.

Datuk Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 52 kompaun telah dikeluarka­n sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Rabu lepas terhadap pemilik premis yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata antara kesalahan yang dilakukan adalah premis yang beroperasi melebihi had waktu yang dibenarkan.

Beliau berkata pihaknya telah menegaskan kepada pemilik-pemilik premis bahawa operasi perlu ditutup pada jam 12 tengah malam, namun masih ada segelintir yang berdegil dan beroperasi sehingga 1.00 atau 2.00 pagi.

“Oleh yang demikian, kami kompaun mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara

Begitu juga dengan premis hiburan yang masih lagi tegar melaksanak­an operasi menghiburk­an pelanggan seperti di pusat karaoke dan lain-lain pusat hiburan.

“Pusat-pusat hiburan yang beroperasi turut dikompaun kerana ketika ini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pelancaran MyPelawat di Bukit Aman, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an berasingan, Mazlan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam perancanga­n untuk menambah pegawai dan anggota polis dengan melakukan pengambila­n baharu tahun ini.

“Kami masih lagi dalam perbincang­an dengan Majlis Keselamata­n Negara dan sebagainya, dan ia akan dilaksanak­an secepat mungkin, ramai rekrut baharu yang kita perlukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia