Utusan Borneo (Sarawak)

Sebahagian kerangka besi projek pembinaan LRT3 runtuh

-

KLANG: Sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Jalan Meru di sini runtuh dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.00 pagi namun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor, Supt Azman Shariat berkata susulan kejadian itu juga, jalan di lokasi berkenaan ditutup di kedua-dua arah bagi mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini.

“Beberapa lencongan juga dibuat bagi memudahkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan itu. Anggota trafik turut mengawal keadaan lalu lintas di lokasi kejadian dan setakat ini, situasi pergerakan kenderaan di situ adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beberapa video keadaan runtuhan kerangka besi itu dimuat naik orang awam dan tular di laman Facebook sejak pagi semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUNTUH: Kerja-kerja pembersiha­n sedang dilakukan selepas sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) runtuh dalam satu kejadian awal pagi semalam.
— Gambar Bernama RUNTUH: Kerja-kerja pembersiha­n sedang dilakukan selepas sebahagian kerangka besi yang dipasang bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) runtuh dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia