Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP Kelantan sita 18,400 minyak masak lebih had simpanan

-

KOTA BHARU: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyita 18,400 kilogram minyak masak dianggarka­n bernilai RM46,000 yang disimpan oleh sebuah syarikat pemborong kerana melebihi had ditetapkan, dalam satu pemeriksaa­n di Kampung Pondok Lubok

Tapah, Pasir Mas di sini, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya Azanizam Affendi Juri berkata kes itu dikesan hasil pemeriksaa­n di stor terbabit pada kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Beliau berkata pemeriksaa­n mendapati pemilik syarikat pemborong berusia 30-an itu memang memiliki lesen pemborong yang sah bagi menyimpan minyak masak, namun jumlahnya didapati melebihi had yang telah ditetapkan.

“Operasi kelmarin dilakukan oleh Bahagian Penguatkua­saan PKPDNHEP Kelantan bersama lima pegawai daripada Pasukan Audit dan Naziran KPDNHEP (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal

Pengguna) Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Azanizam berkata jika sabit kesalahan, syarikat pemborong itu boleh didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia