Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasang jubin dituduh miliki cek palsu

-

SEREMBAN: Seorang pemasang jubin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki empat keping cek yang dipalsukan berjumlah RM195,328, empat tahun lepas.

TertuduhLo­oCheeHuoon­g, 49, membuat pengakuan tersebut, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki empat keping cek bertarikh 3 Mei 2016, yang dipalsukan milik syarikat Nippon Wiper Blade (M) Sdn Bhd yang berjumlah RM45,328 dan tiga keping cek, masing-masing berjumlah RM50,000 setiap satu, yang dibayar kepadanya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank, Jalan Dato Tunggal, Seremban pada jam 12 tengah hari, 6 Mei 2016 dan pertuduhan ke atasnya dikemukaka­n mengikut Seksyen 467 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur’atiqah Sapari tidak menawarkan jaminan memandangk­an tindakan berkenaan menyebabka­n kerugian kepada bank dan juga syarikat, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya diberikan jaminan rendah, memandangk­an beliau tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudian membenarka­n Loo diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai depan, sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah berasingan, Loo turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mahyun Yusof atas pertuduhan membantu menyembuny­ikan wang berjumlah RM173,654.33 yang dibuat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curang telah menolong menyembuny­ikan wang tersebut yang telah dimasukkan ke dalam akaun RHB Bank milik Yuzu Antique Dealer Trading, yang didaftarka­n di atas namanya dan kesalahan itu dilakukan di Affin Bank Berhad, Jalan Dato Tunggal, Seremban, pada jam 10.13 pagi, 9 Jun 2016.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mas Syafiqah Mahroob, manakala Loo tidak diwakili.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Loo (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam bagi pertuduhan memiliki empat keping cek yang dipalsukan berjumlah RM195,328.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Loo (kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam bagi pertuduhan memiliki empat keping cek yang dipalsukan berjumlah RM195,328.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia