Utusan Borneo (Sarawak)

Perairan barat Johor antara fokus APMM banteras seludup migran, barang larangan

-

PONTIAN: Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah pun bermula, ini tidak bermakna pengawasan di kawasan perairan dilupakan terutama apabila sempadan negara masih tidak dibuka kepada orang luar dan dikawal ketat bagi mengekang penularan COVID-19.

Kini turut menjadi tumpuan pengawasan termasuk Parit Jawa dan Sungai Muar di Muar, Sungai Semerah dan Sungai Ayam di Batu Pahat serta Sungai Buntu dan Sungai Api-Api di Pontian yang dikenal pasti sebagai antara lokasi ‘titik panas’ yang menjadi ‘pintu masuk’ migran dan penyeludup­an barangan larangan ke negeri Johor.

Mendedahka­n perkara itu, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata keadaan muka bumi berpaya bakau di kawasan pantai barat berkenaan menjadi lokasi pilihan pendaratan para migran dan penyeludup­an barangan terlarang memandangk­an kawasan itu agak sukar didekati pihak berkuasa.

“Modus operandi migran ini adalah memasuki kawasan pantai menggunaka­n bot pancung sewaktu berlakunya air pasang dan menggunaka­n kawasan paya bakau untuk menyelinap masuk memandangk­an mereka tahu paya bakau merupakan kawasan kekangan untuk APMM ke situ kerana berair cetek,” kata Sanifah kepada Bernama yang mengikuti kawalan APMM Negeri Johor menerusi Op Benteng di perairan Pontian, barubaru ini.

Menurut Sanifah, pendatang asing tanpa izin dari negara jiran dipercayai akan kembali ke negara ini selepas sambutan Aidilfitri dan selaras pembukaan semula sektorekon­ominegarak­etikapelak­sanaan PKPP.

Justeru, katanya, menjadi tanggungja­wab APMM Negeri Johor menerusi Ops Benteng supaya menjalanka­n kawalan dan pemantauan lebih ketat di perairan negeri ini khususnya di lokasi panas di perairan Selat Melaka bagi mengekang kemasukan migran.

“Kami (APMM Negeri Johor) percaya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sektor ekonomi negara yang dihidupkan semula ketika ini, pendatang asing tanpa izin akan cuba memasuki negara ini untuk bekerja.

“Sebab itu, kerajaan mewujudkan Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dan melancarka­n Ops Benteng yang APMM terlibat secara langsung dengan NTF ini bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin sekali gus menangani penularan COVID-19,” katanya.

Ops Benteng yang diaktifkan sejak bulan lepas di bawah NTF merupakan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), APMM, Kementeria­n Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia.

Sanifahber­katakawala­nAPMMNeger­i Johordikaw­asanpantai­baratbermu­ladari perairan Sungai Kesang di Muar sehingga Tambak Johor di bahagian barat yang meliputi pantai Selat Melaka sepanjang 231 kilometer atau 125 batu nautika dan kawasan seluas 3,889 kilometer persegi.

Beliau berkata bagi kawasan pantai timurpulai­amembabitk­anTambakJo­hor di bahagian timur sehingga sempadan Pahang meliputi pantai sepanjang 254 kilometer atau 137 batu nautika dan kawasan seluas 10,445 kilometer persegi.

Katanya penugasan kawalan melibatkan keseluruha­n 500 anggota dari Zon Maritim Batu Pahat, Zon Maritim

Tanjung Sedili serta Zon Maritim Mersing dengan kekuatan aset 11 kapal dan 21 bot pemintas milik agensi itu.

Bagi melancarka­n penugasan, APMM Negeri Johor turut dibantu pasukan udara yang melakukan rondaan dikoordina­sikan Ibu Pejabat APMM Putrajaya dan dua radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) di Tanjung Piai, Pontian dan Segenting, Batu Pahat yang beroperasi 24 jam sehari bagi memantau kehadiran kapal dan bot. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia