Utusan Borneo (Sarawak)

Polis marin tahan dua lelaki, rampas 100kg daun ketum, dadah

-

LANGKAWI: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menahan dua lelaki dan merampas 100kg daun ketum serta dadah jenis heroin seberat 43.1 gram dalam satu serbuan di Jeti Marble, di sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Satu Langkawi, DSP Rohizan Mohamad Saaid berkata tangkapan dan rampasan pada jam 2.00 pagi itu dilakukan sepasukan anggota ketika melaksanak­an penugasan Ops Benteng COVID.

Beliau berkata terdahulu semasa melaksanak­an penugasan itu, anggota PPM Wilayah Satu mengesan sebuah MPV jenis Perodua Alza yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigak­an di kawasan parkir kereta di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, anggota PPM Wilayah Satu telah menjumpai dua bungkusan plastik berisi serbuk ketulan warna putih disyaki dadah jenis heroin seberat 43.1 gram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata ia kemudianny­a membawa kepada pemeriksaa­n lanjut ke atas sebuah bot jenis fiber berwarna biru di Jeti Marble, yang ada kaitan dengan kedua lelaki berkenaan, dan pihaknya menemui 13 bungkusan plastik berwarna hitam berisi daun ketum seberat 100 kg. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia