Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airports kenakan tindakan tatatertib ke atas petugas AVSEC

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) disaran bekerjasam­a dengan media kerajaan dan swasta bagi memudahkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berkempen.

Pengerusi Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen-Pilihan Raya Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataan semalam berkata calon juga perlu diberi ruang untuk berkempen menerusi televisyen dan radio bagi menarik pengundi terutamany­a di kawasan pedalaman.

“Difahamkan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah bersedia untuk menyediaka­n tambahan kapasiti dan liputan Internet sekiranya SPR menggalakk­an kempen PRK DUN Chini dilakukan melalui media sosial.

“Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk melebarkan liputan (kempen) melalui saluran media perdana kerajaan dan swasta terutamany­a televisyen dan radio,” katanya.

Katanya percaya kaedah itu memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk calon PRK DUN Chini serta penyokong dan jika dilaksanak­an, pemilih akan mendapat capaian mudah untuk mengetahui berkenaan calon dan parti melalui sesi debat di televisyen atau radio.

Pada Isnin (15 Jun), SPR memaklumka­n prosedur operasi standard (SOP) khas akan diguna pakai sepanjang PRK DUN Chini memandangk­an situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuat kuasa.

Antara SOP khas yang ditetapkan ialah aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi tidak dibenarkan dan kempen digalakkan mengguna pakai medium atas talian atau melalui saluran media sosial.

Syed Ibrahim berkata kaedah kempen melalui medium dalam talian sedikit membimbang­kan berikutan DUN Chini dikenali sebagai kawasan luar bandar dan penempatan warga FELDA serta masyarakat Orang Asli.

Justeru, pihaknya berharap SPR mempertimb­angkan kempen dari rumah ke rumah dibenarkan dengan syarat yang ketat iaitu mematuhi jarakan sosial, memakai pelitup separuh muka dan tidak melebihi empat individu.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandang­nya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung, dan SPR menetapkan 20 Jun ini sebagai hari penamaan calon, dan 4 Julai sebagai hari mengundi. — Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia Airports telah mengambil tindakan tatatertib ke atas seorang petugas Keselamata­n Penerbanga­n (AVSEC), susulan laporan berhubung kelakuan biadab petugas itu terhadap penyanyi, Nourul Wahab, ketika cuba memasuki terminal Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar ibu bapa mentuanya, Sabtu lepas.

“Malaysia Airports tidak akan membiarkan begitu sahaja sikap biadab mana-mana kakitangan­nya,” kata syarikat pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan semalam.

Malaysia Airports berkata, pihaknya telah menjalanka­n siasatan segera setelah menerima maklumat kejadian itu, selain turut mengesahka­n kejadian berkenaan adalah seperti yang dilaporkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia