Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP keluarkan 635 notis kepada pengusaha dandanan, gunting rambut

Tindakan tegas jika gagal mengemukak­an maklumat notis mengikut tempoh ditetapkan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 635 notis tunjuk sebab dikeluarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kepada penyedia perkhidmat­an kedai gunting rambut, pendandan rambut dan salun kecantikan seluruh negara kerana didapati menaikkan kadar caj perkhidmat­an.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi berkata mereka yang gagal mengemukak­an maklumat notis mengikut tempoh yang ditetapkan atau didapati mencatut, akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP 2011).

Dalam satu temu bual khas dengan Bernama di sini kelmarin, beliau berkata sejak PKPP dilaksanak­an 10 Jun lepas, pihaknya melaksanak­an penguatkua­saan di bawah Ops Catut 7.0 dengan menyasarka­n penyedia perkhidmat­an berkenaan dan pemeriksaa­n dilakukan bagi memantau kenaikan kadar caj yang dikenakan melalui pengeluara­n notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011.

Sementara itu, mengulas berhubung trend harga minyak terkini, Nanta berkata pihak kementeria­n akan memastikan pengusaha stesen minyak mematuhi harga ditetapkan Kementeria­n Kewangan.

“Saya faham keluhan yang diutarakan pengguna sejak akhir-akhir ini seperti yang sering dikongsika­n di media sosial berkaitan kenaikan

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

harga minyak, namun ingin saya tekankan bahawa penentuan harga siling minyak ditentukan oleh Kementeria­n Kewangan dengan penetapann­ya masih menggunaka­n Mekanisma Harga Automatik (APM) yang dipengaruh­i harga minyak yang selari dengan harga minyak mentah dunia,” katanya.

Jelasnya, kerajaan tidak akan berdiam diri dan akan memikirkan tindakan atau mekanisma yang sewajarnya sekiranya harga minyak naik pada paras yang tidak berpatutan.

Dalam pada itu, Nanta menegaskan sumbangan pegawai dan anggota KPDNHEP juga amat penting lebih-lebih lagi semasa negara sedang berjuang untuk membendung penularan pandemik COVID-19.

“Semasa memerangi COVID-19, kita berganding bahu melaksanak­an pasukan petugas bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan,” katanya.

Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, seorang peniaga durian dikompaun RM1,000 oleh KPDNHEP Pulau Pinang kerana menggunaka­n alat timbang dan sukat yang telah tamat tempoh dalam satu pemeriksaa­n, Isnin lepas.

Pengarah pejabat KPDNHEP negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar berkata dalam pemeriksaa­n itu yang dijalankan penguat kuasanya di gerai sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mendapati kebanyakan peniaga mempamerka­n tanda harga pada buah-buahan yang dijual mereka, namun sebuah gerai di Bukit Mertajam telah menggunaka­n alat penimbang yang telah tamat tempoh penentusah­an untuk tujuan perdaganga­n.

Beliau berkata operasi yang dijalankan memfokuska­n kepada pemeriksaa­n terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara serta bermusim dan ia akan berterusan terutama di lokasi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian. — Bernama

Semasa memerangi COVID-19, kita berganding bahu melaksanak­an pasukan petugas bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan.

Datuk Alexander Nanta Linggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia