Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM perkenal sistem aplikasi MyPelawat

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam melancarka­n sistem aplikasi MyPelawat yang bertujuan memantau pergerakan keluar masuk orang awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata sistem aplikasi itu juga bertujuan mengekang penularan COVID-19 di semua premis pasukan, selaras dengan protokol yang diumum Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata setakat ini sistem berkenaan hanya diperkenal­kan di peringkat Bukit Aman sahaja dan ia akan diperluask­an ke semua peringkat ibu pejabat kontinjen, ibu pejabat daerah serta balai polis seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Menurutnya orang awam kini boleh mengisi butiran diri menerusi sistem berkenaan untuk melakukan urusan di Bukit Aman yang sebelum ini hanya boleh dilakukan secara manual, dan semasa ditanya mengenai keselamata­n data maklumat orang awam yang menggunaka­n sistem ini, katanya kesemua data disimpan dalam rekod PDRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia