Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai terus mematuhi SOP PKPP

-

KUALA LUMPUR: Memasuki hari kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuas­akan semalam, orang ramai dilihat terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan terutamany­a ketika berada di tempat awam.

Bukan sekadar pemakaian penutup hidung dan mulut kini menjadi ‘aksesori wajib’, bahkan keperluan untuk mengisi maklumat diri seperti nama dan nombor telefon atau mengimbas kod QR sebelum memasuki sesebuah premis terus dipatuhi.

Bagi premis-premis pula turut mengambil langkah untuk memudahkan operasi termasuk memeriksa suhu badan dan menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada orang ramai yang menunggu giliran untuk masuk ke premis, di kaunter bayaran dan sebagainya.

Sepanjang tempoh seminggu ini, ada juga yang masih cuba menyesuaik­an diri dengan keadaan kebiasaan baharu antaranya elak berada di kawasan sesak, sempit serta bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat seperti disarankan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

Seperti yang dikatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat amat penting memandangk­an tiada lagi kawalan pergerakan dan negara berada dalam fasa pemulihan.

Justeru, menjadi tanggungja­wab masyarakat untuk kekal patuh SOP dan amalkan kawalan kendiri bagi bersama-sama memutuskan rantaian penularan

COVID-19 dalam negara.

Kelmarin, seramai 333 individu pulih daripada COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 7,733 kes iaitu 90.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dalam kenyataann­ya, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah individu yang pulih itu, 307 daripadany­a merupakan bukan warganegar­a, manakala 26 kes dalam kalangan warganegar­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia